entry khas buat ismail fariz ali
Komposer Ismail Fariz meninggal
KUALA LUMPUR: Komposer yang pernah melonjak nama Datuk Khadijah Ibrahim melalui lagu Ku Pendam Sebuah Duka, Ismail Fariz Ali, 47, kembali ke rahmatullah akibat barah perut di Pusat Perubatan Gleneagles, Ampang, awal pagi semalam.
Allahyarham adalah seorang tokoh korporat dihormati dan penggubah lagu balada, menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.30 pagi. Beliau baru empat bulan mendapatkan rawatan susulan di hospital itu berikutan penyakit dialami.
Jenazah Allahyarham dibawa pulang ahli keluarga ke rumah arwah ibunya di Bukit Damansara pada jam 7 pagi. Solat jenazah disempurnakan di Masjid Omar Al Khattab Damansara kira kira jam 10 pagi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara sebelum solat Zuhur.
Ismail, anak bongsu tiga adik beradik, meninggalkan seorang balu dan seorang anak perempuan berusia 14 tahun.
Menurut seorang saudara sebelah ibu yang enggan dinamakan sewaktu ditemui berkata, arwah sering berulang alik ke beberapa hospital swasta sejak beberapa tahun lalu bagi mendapatkan rawatan.
|
“Arwah baru empat bulan dimasukkan ke hospital Gleneagles. Sejak pulang dari luar negara sebelum ini, arwah kerap mengadu sakit perut. Bagaimanapun, selepas pemeriksaan dilakukan, seorang doktor pakar mengesahkan barah itu sudah merebak ke tahap serius.
“Keadaan itu menyebabkan arwah tidak berputus asa cuba mencari pelbagai jalan mendapatkan rawatan terbaik mengatasinya.
“Selepas bertawakal dan berusaha, nyata Allah lebih menyayanginya. Allahyarham meminati muzik, suka belajar dan bermain piano sejak zaman kanak kanak. Arwah memang berbakat dan mencipta sendiri nota muzik yang hanya dia saja memahaminya.
“Beliau menceburi bidang nyanyian pada 90-an tetapi tidak mahu meneruskannya secara serius,” katanya.
diambil dari mymetro
takziah buat keluarga allahyarham...
Comments
sekian...terima kasih di atas info anda...saya menghormatinya....
takziah di ucapkan...
sye sedang membuat penyelidikan tentang sejauhmana amalan merokok mempengaruhi kesihatan. seperti yang sedia maklum, arwah meninggal disebabkan barah perut.
jadi pade sesiapa yang mengenali arwah dengan lebih rapat, sye ingin bertanye...
adakah arwah seorg perokok, jika benar..berapakah kuantiti rokok yang arwah ambil dalam sehari. maklumat ini penting untuk kajian saye. besarlah harapan sye untuk mendengar maklum balas dari pihak kwn2...
jika ada maklumat, besarlah harapan sye jika kwn2 bleh hubungi sye di emel naiba_cat@yahoo.com
maklum bals dri pihak kwn2 amatlah sye nantikan dan hargai..
terima kasih
alfatihah jugak buat arwah...mengagumi beliau melalui lagu ku pendam sebuah duka itu....