entry khas untuk perokok

kepada perokok2 sekalian, terharu tak aku buat entry khas untuk korang? sanggup bangun pepagi sebab aku dah tak boleh nak tido dah sebab nak hupdate blog, share something important khas dan tulus ikhlas suci murni semurni santan harmoni dan minyak masak murni untuk perokok2 sekalian...betapa chenta dan sayangnya aku kat kalian...

pertama sekali, meh kita belajar tentang apa itu rokok...kiranya ni set induksi dia ler kan...
cantik kan gambar induksi aku? sila tenung gambar ini lebih kurang 5-7 minit, sebab aku dah tulis dalam lesson plan aku, set induksi 5-7 minit...


pastu korang sedut dan lepas asap2 roko dia mcm ni kan?

mase isap rokok tu, cer tengok sape yang ada kat sekeliling korang...


okeh, masuk isi pengajaran...

antara kesan jangka pendek merokok ialah

1. otak - tidak dapat berfungsi sepenuhnya ekoran pembebasan gas monoksida yang mengurangkan oksigen di otak

2. telinga - kurang pendengaran, senang cite pekak sbb merokok mengurangkan kadar pengaliran darah

3. mata - mata berair, radang mata dan boleh mengganggu penglihatan

4. mulut - nafas berbau dan mendapat jangkitan mulut kurap ler tu kan?, gigi kuning, mengalami deria rasa yang tak bape nak best especially kat area bibir, lidah dan tekak

5. hidung - kurang sensitip pada bau

6. kulit  - cepat berkedut, hilang awet muda hokey

7. paru2 - sukar bernafas, kurang bertenaga especially ketika bersukan, sebagai contoh bola sepak dan futsal



kesan jangka panjang plak

1. barah (paru2, payudara, mulut, tekak, dan usus)
2. penyakit jantung
3. angin ahmar / strok
4. penyakit berkaitan paru2 (asma, bronkitis)
5. penyakit berkaitan mulut dan gusi
6. ulser (perut, peptic)
7. osteoporosis
8. kemandulan (kalu pmpuan tidak boleh hamil, kalu lelaki sperma tak mantap beb)
9. kurang berminat dalam perhubungan seks
10. mati fucuk


sengaja aku highlight perkataan2 yang utama dalam pengajaran, sebagai tanda titik penegasan atau fokus dalam nota...

sumber rujukan entry ini adalah ini

sekian dahulu pengajaran aku pagi ini, nnti kita sambung lagi...jangan segan jangan silu nak tanya cikgu apa2 ye anak2 murid ku sekalian, especially tu ha, perokok kita sana tu...cikgu sayang sama kamu, sbb tu cikgu kongsi maklumat cenggini...kamu tak sayang cikgu ka?

notakaki : sambil2 sedut tu, sambil2 layan perasaan, tak gitu ka? hehehe

Comments

Popular posts from this blog

getting worse

patah hati

GA saya nak phone casing