Thursday, October 20, 2011

jadual gelap ala-ala kekasih gelapku

Views
cikgu A : psss...minggu ni dah start guna jadual gelap eh?
aku : jadual gelap? errr...apa tu (terpinga-pinga sebab 3ari cuti, tatau apa yang dah berlaku kat sekolah)
cikgu A : jadual gelapla
aku : ada aktiviti rahsia2 ke kak? (bisik aku pada akak tu, takut orang lain dgr sbb akak tu pun bisik2 jugak ngan aku) - aku dah fikir bukan2
cikgu A : aktiviti rahsia? (dia pulak yang terpinga2)

melihatkan akak tu pun dgn gaya terpinga2 jugak, sama mcm aku yang terpinga, aku memberanikan diri tanya perkara sebenar

aku : jadual gelap tu apa?
cikgu A : jadual yang balik awal, jadual baru
aku : aih...saya tatau pape nih, minggu lepas tak datang sekolah
cikgu A : patutlah kamu mcm tak paham je, ni akak tunjukkan kamu jadualnya


aku : oooo...jadual waktu gelap awal...guna jadual baru la kita ni kan?
cikgu A : iyerlah
aku : waaa...boleh balik awal...hahaha

tang balik awal tu aku rasa sume orang setuju...tak tahan duk sekolah lelama beb, ngan perangai students yang always bikin kamu sasau sendiri...

notakaki : jadual asal, kami balik kul 6.15, tapi disebabkan maghrib kul 6.30, jadual terpaksa diawalkan, kul 5.40 dah boleh balik, hoyehhh

No comments: