sesekali bila aku menulis


bila aku

bila aku menangis
itu bukan kerana aku lemah
tetapi mencari kekuatan
untuk hayunan seterusnya

bila aku tersenyum
itu bukan kerana aku bahagia
tetapi kerana dia
aku mahu dia juga senyum

bila aku mengeluh
itu bukan kerana aku merungut
tetapi sekadar peringatan
dunia ini bukan pilihan kita

bila aku membisu
itu bukan kerana aku berkecil hati
tetapi aku berfikir
mencari perumpamaan yang sesuai

bila aku berkata
itu bukan kerana aku mahu
tetapi aku terpaksa
demi panahan mereka yang lain

bila aku bercerita
itu bukan kerana aku rela
tetapi aku mahu kau tahu
betapa kau bererti buat diriku

bila aku menyentuhmu
itu bukan kerana aku mahu merasai hangatmu
tetapi aku mahu memberikan
kasihku kepadamu

bila aku mencintaimu
itu bukan kerana aku dalam kepuraan
tetapi itulah kata hatiku
yang tulus menyayangimu

*lebih banyak lagi mainan kata-kata di sini

notakaki : hidup ini bukan sekadar apa yang kita mahu tetapi apa yang mereka di sekeliling tentukan sehingga pada suatu masa, kita lupa siapa kita, dan kita lupa apa yang kita mahu...hidup kita, apa yang kita mahu, dan semuanya tentang kita terbiar ditelan zaman...

Comments

Popular posts from this blog

getting worse

patah hati

GA saya nak phone casing