baby sekitar minggu 16 hingga minggu 19

sambung entry sebelum nih, berenti kat perihal baby 15 minggu...kali ni aku nak sambung start ngan minggu 16 sampai minggu 19...

ater...kalu ikut tarikh asal yang nurse kat klinik ibu dan anak tu bagi kat aku, supposed to be, minggu ni, aku dah masuk minggu 17...tapi bila scan...seakan2 aku dah terlebih lewat...sebenarnya, kandungan aku dah masuk minggu ke 19...huahuahua...hamek kau...2 minggu lewat dari tarikh asal...so, bermula dengan minggu ni, baby mama dah masuk minggu 19 hokay...

okeh...jom, kita belajar perkembangan baby bagi minggu 16 sampai 19 terus...

Perkembangan Bayi Minggu 16
amek dari encek google jerk
Bayi semakin kerap bergerak. Tubuhnya juga mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus. Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. Jantina bayi juga sudah boleh diketahui semasa ultrasound dilakukan.

Nota Hamil : Pada saat ini anda sepatutnya rasa lebih segar, seronok dan gembira. Selera makan juga semakin bertambah. Anda mungkin dapat merasa pergerakkan pertama bayi dalam kandungan. Akan tetapi pergerakan bayi anda tidaklah terlalu ketara. Pada masa yang sama, garis halus berwarna gelap di bawah abdomen yang dikenali sebagai linea niagra semakin menyerlah.

***sepatutnya kalau ikutkan nota dia, dah boleh rasa pergerakan dia, tapi aku tak sure sangat, adakah itu baby yang bergerak atau sekadar 'baby angin' aku je yang bergerak...tapi yang aku paling kompem adalah, selera makan...ya rabbi...tuhan je yang tahu...berselera gile bab makan...sebelum pregnant pun, memang dah berselera orangnya...wakakaka...nak2, masa ni raya plak kan...amboi kau...memang sampai sengkak2 aku dibuatnya...sabo jo lah ngan selera yang ado nih...

Perkembangan Bayi Minggu 17
credit to azimahas, pinjam gambar ye
Anggota badan bayi kini terbentuk dengan sempurna. Deria rasanya juga sudah mula dibina. Bayi anda sekarang sudah mempunyai cap jarinya sendiri.

Nota Hamil : Pinggang ramping anda kini sudah menghilangkan dirinya. Yang tinggal hanyalah perut yang semakin membesar di samping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut. Selain perut, gusi juga mengalami sedikit gangguan. Gusi berdarah ialah antara masalah yang biasa. Pemilihan baju serta seluar juga perlu ditukar. Jangan memakai pakaian yang ketat seperti jeans. Namun anda masih boleh bergaya kerana dipasaran terdapat banyak seluar untuk ibu hamil yang seakan sama dengan pakaian casual yang anda pakai sebelum mengandung. Begitu juga dengan bra, dan seluar dalam anda perlu menukar kepada saiz yang lebih besar atau yang selesa.

***wah...baby mama dah ada cap jari dah eh...hehehe...kagum jap mama ngan ciptaan tuhan...pinggang ramping menghilang? hmmm...baju pun dah banyak dah yang kena simpan dalam kotak...sobsobsob...itu ari balik semenanjung masa raya, memang aku amek kesempatan soping a few baju yang besar, supaya aku selesa nak bergerak dan yang penting, tang pero...takdelah kau over exposed sangat kan baby kan...ahaks...dan yang paling tak best, gatal2 di bahagian perot dah datang balik...dulu masa awal2 pregnant dah gatal dah sekali, pastu reda...la ni, dia mai balik dah...cuak beb...hope sangat tangan nakal aku nih tak menggaru dengan jayanya...tp kan, nikmat gile kalu garu tambah2 kalu dia ngah gatal tuh...perghhh....inilah dikatakan nikmat...wakakaka

Perkembangan Bayi Minggu 18
amek dari encek google jerk
Kulit bayi ketika ini masih lagi berkedut kerana dia belum mengumpul lemak. Dia juga sangat aktif bergerak. Bayi juga mula peka terhadap bunyi-bunyian daripada luar. Oleh yang demikian, jangan terperanjat jika tiba-tiba bayi menendang setelah terdengar bunyi kuat.

Nota Hamil : Ketika ini anda sudah semakin dapat rasa pergerakkan anak. Dalam masa yang sama, anda juga mungkin mengalami masalah untuk bernafas. Hal ini terjadi kerana membran dalam hidung akan membengkak seterusnya mengganggu peredaran udara masuk ke dalamnya. Selain itu, lelehan faraj juga semakin bertambah. Sama seperti apa yang saya katakan tadi digalakkan menggunakan panty liner dan kerap menukar seluar dalam yang bersih.

***okay...masuk minggu ke 18, yakni aku mengalaminya pada minggu lepas, aku dah mula dapat rasa dengan yakinnya pergerakan baby, dan dia sangatlah peka pada bunyi2 di sekitar...ada dua cerita yang aku nak kongsi bersama rakan2 sekalian,
cerita 1
aku ngah baring2 rehat, sambil la tengok youtube, tetibe rasa nak tgk tarian ngajat dari sarawak tu, adala bunyik2 muzik dia, dan2 masa tu aku rasa beberapa kali baby bergerak...taktaula tu kaki dia ke, siku dia ke, lutut dia ke, kepala dia ke, yang penting, tetibe je baby aktif bergerak...bila aku tutup youtube tu, baby pun aman dalam perot...bila bukak balik, dan2 aku rasa pergerakan dia...wah...teruja kejap aku...hehehe

cerita 2
kali ni, masa aku kat sekolah, ngah layan2 tanda paper karangan bm budak, tetibe aku dengar budak sekolah aku buat latihan dikir barat siap dengan muzik dia lah...minit2 pertama tu, aku je yang terketap2 tangan layan dikir barat, pastu aku perasan...baby ngah bergerak dengan jayanya....tung ketang tung ketang muzik, maka, pum pang pum pang baby pun...hampir2 10 minit jugaklah, sampaikan aku rasa geli2...aku pun berenti marking paper, turun gi tengok budak2 buat training, layan dikir barat kejap...bawak baby melawat persiapan dikir barat...masa tengok dikir barat live tu, senyap dah baby nya...agagaga...tak macam masa dengar dikir barat jauh2...amboi, baby oi...de nak bagi mama hint apa tu...aish...

Perkembangan Bayi Minggu 19
Sama seperti anda, bayi dalam kandungan juga semakin membesar. Ketika ini gigi susu mulai terbentuk dalam gusi. Dalam masa yang sama, tunas untuk pembentukkan gigi kekal juga muncul.

Nota Hamil : Saat ini berat badan anda semakin bertambah. Punggung, paha dan bahagian abdomen adalah antara kawasan yang paling ketara pertambahan beratnya. Urat-urat halus juga mula kelihatan pada muka anda.

***baby dah mula nak proses gigi ye...nampaknya mama kenalah minum susu lebih sket...azam tiap2 ari nak minum susu lebih sket, tapi...kuss semangat...semalam baru je miss minum susu...my bad...
berat semakin bertambah yer...hmmm...minggu lepas pegi check up, nurse tu bising2 manja je kat aku, katanya berat aku tak naik sangat...naik sekilo je...adeh...aku rasa bukan kemain lagi aku makan, takkan la tak naik2 mengikut apa yang dia nak jugak...takpe2...minggu ni aku pulun makan lagi...yang penting, kata nurse tu, amalkan pemakanan seimbang ye...baik nurse!!!

nak tahu lebih lanjut tentang perkembangan baby dari minggu 1 sampailah minggu 40, boleh la klik kat sini, sumber utama aku sekarang...

panjang lebar dah aku cerita tentang pengalaman aku kat sini, berkongsi detik2 kegembiraan ini bersama2 dengan pembaca sekalian, kalau ada cerita yang sama, boleh share dengan aku jugak kan...

notakaki : sekadar untuk berkongsi, takde niat untuk menunjuk-nunjuk jauh sama sekali untuk riak dan berlagak...

sama2lah doakan kesihatan aku dan baby...

Comments

amani said…
wah baby minat muzik ni...hehe comel nyeee
therosputih said…
amani
hihi...ye kot...pantang dengar bunyi2an...tambah2 dia ngah sensitif pada bunyi2 kan sekarang ni...
Anonymous said…
Baby dlm perut pun da buat ibu teruja ikut perkembangan apa lg bila da lahir...comel sangat lihat karenah tingkah c anak
therosputih said…
cik anony
itulah, betul2 nikmat yang diberikan allah ni tak terhingga besarnya...alhamdulillah...

Popular posts from this blog

getting worse

GA saya nak phone casing