tip untuk kediaman selesa dan nyaman

tip ni aku amek dr local newspaper

1. berikan perhatian pada pengudaraan, ia mampu menjimatkan penggunaan kipas dan pendingin hawa

2. jika mahukan suasana rumah yang cosy, pemilihan tona cat penting

3. pencahayaan juga penting, pemilihan lampu yang sesuai mampu menutup kecacatan kecil sesuatu ruang

4. pastikan tangki air terletak pada tempat yang mudah disenggara seperti di atas bumbung (terdedah pada matahari), lakukan senggara dengan kerap

5. sebolehnya, elakkan penggunaan tangki air kaca fiber kerana ia memberi kesan kepada kesihatan jangka panjang, penggunaan pvc dan besi tahan karat digalakkan

6. untuk memudahkan senggara tumbuh-tumbuhan, pilih yang kurang memerlukan air, baja juga perlu untuk kesuburan pokok

7. untuk memudahkan penyerapan baja, buat empat lubang di keliling pokok dengan mencucuk sebatang besi ke tanah, kemudian, masukkan baja dan tutup kembali lubang, ini dapat mengelakkan baja daripada terluar dari pasu ketika menyiram atau baja tidak diserap ke tanah akibat tanah terlalu keras

8. untuk membina kediaman banglo, tidak perlu rumah terlalu besar, biarkan laman luas untuk suasana yang lebih nyaman dan tenang

Comments

Popular posts from this blog

getting worse

GA saya nak phone casing

patah hati