shahir - kebahagiaan dalam perpisahan
shahir - kebahagiaan dalam perpisahan
tak perlu ucapkan sepatah kata
kerana lantang terbaca dari muka
kau dan daku sudah tiada
keserasian di jiwa
mungkin magisnya sudah hilang
tak perlulah kita mencuba lagi
betulkan kesilapan perhubungan ini
bila setiap perbincangan
menjadi perbalahan
manakah agaknya cinta pasti
embun pun takkan mampu
menyubur sekuntum
bunga yang layu
pada musim luruh
yang dulunya mekar
disinar suria
bila sudah kering
pasti akan gugur
seperti cinta kita
yang jelas ternyata
semakin lama
oh semakin rekah
menimbulkan tanya
apa mungkin kita
temu kebahagiaan
dalam perpisahan
usah titis air mata kau tangiskan
ku dah cukup menampung selautan
begitu lama ku pendam
tapi hanya berdiam
kerana cuba menafi realiti
embun pun takkan mampu
menyubur sekuntum
bunga yang layu
pada musim luruh
yang dulunya mekar
disinar suria
bila sudah kering
pasti akan gugur
seperti cinta kita
yang jelas ternyata
semakin lama
oh semakin rekah
menimbulkan tanya
apa mungkin kita
temu kebahagiaan
dalam perpisahan
kebahagiaan
dalam perpisahan
aku tidak suka pada perpisahan, namun andainya perpisahan adalah yang terbaik buat kita semua, aku akur...
Comments