panduan membina taman

taken from berita harian (sabtu, 19 jun 2010)

Beberapa pertimbangan perlu diambil kira bagi memastikan laman menarik dan memenuhi fungsi yang diingini. Ingatlah bahawa taman yang anda akan bina adalah taman anda sendiri, justeru karektor taman, susun atur tumbuhan dan pemilihan spesis sebaiknya melambangkan diri anda atau kata lainnya menampakkan personaliti anda.

1. Catat serta lakarkan serba ringkas rupa bentuk taman anda.

2. Jika anda gemarkan warna, binalah taman anda dengan gabungan kepelbagaian warna bunga ataupun warna daun tumbuhan.

3. Ada pelbagai spesis menawarkan warna bunga menarik yang mungkin menjadi idaman anda namun perlu diingatkan bahawa pemilihan bunga-bungaan ini juga biarlah di kalangan yang mudah dipelihara dan tidak remeh penjagaannya.

4. Pilihlah mengikut selera anda dan ingatlah pemilihan terhadap spesis tidaklah perlu sehingga taman anda kelihatan seperti caca marba.

5. Bagi mereka yang gemarkan suasana semula jadi pasti akan lebih cenderung untuk menjadikan taman kelihatan tumbuh secara rawak dan tersendiri di sudut halaman mereka sementara mereka yang gemarkan tumbuhan dari kaum palma pastinya akan memilih gabungan pepohon palma yang sesuai dengan imej yang diinginkan.


notakaki : aku suka share benda yang aku suka dgn kamoo...

Comments

Popular posts from this blog

getting worse

GA saya nak phone casing

patah hati