petua redakan sakit gigi

gambar amek kat google

idea asal aku terbaca kat sini, tp yang aku tulis ni, based on apa yang aku faham, dan apa yang aku selalu amal...


petua redakan sakit gigi

1. bawang putih
hancurkan bawang putih, campurkan dengan garam, pastu letakkan kat tempat yang sakit beberapa minit...ada gak y aku terbaca, dia suh makan bawang putih mentah tu tiap2 ari bagi mengelakkan sakit, tp sanggup kah anda utk mengunyah bawang itu? hoho...

2. cengkih
yang ni ada dua versi, versi pertama buat air cengkih, rebus cengkih, agak2 2 cengkih utk segelas air pun takpe dah, kalau byk cengkih, lagi kaw, tp takut anda tak suka ngan rasa dia, bg aku, aku suke, sbb rasa dia taklah teruk sangat, cuma kalau tak biasa...tak sanggup kot...versi kedua buat minyak cengkih, amek beberapa biji cengkih, pastu minyak dalam 5 sudu, panaskan beberapa minit, pastu boleh dijadikan minyak sapu utk gigi yang sakit...
selain meredakan rasa sakit gigi, air cengkih juga kalau diamal, badan pun jadi wangi

3. bawang merah
kunyah bawang merah mentah beberapa kali, tgk pada keadaan kesakitan, kalau sangat sakit, kunyahla banyak bijik sket, agak2 dalam 6-8 biji sehari...masalahnya, ramai kot kawan aku yang tak bape suka bawang, sanggup ke nak kunyah bawang mentah? persoalannya...hehehe...tp kalau dah sakit, buat je lah...

4. garam
garam ni banyak sangat kegunaan...aku share setakat yang aku tahu...pertama...boleh buat air kumur ketika sakit, kalau sakit tekak pun boleh try..kedua...letak sedikit garam halus kat ubat gigi, boleh redakan sakit gigi, dan menguatkan gigi...

5. serbuk lada
campurkan serbuk lada dengan garam, pastu gosok2 guna jari kat gigi yang sakit...bukan sahaja boleh legakan sakit gigi, tapi jugak sangat bagus utk mereka y memiliki gigi sensitif...ye lah, pedas punya pasal kot...hehehe....tp janganla letak byk sangat serbuk tu ye...kalau tak, meraung...

6. buah limau
buah limau kan dikatakan mempunyai kandungan vitamin c aka rasa masam yang tinggi, jadi sangat sesuai dijadikan pembantu redakan sakit gigi...kalau ada benda lain yang masam pun, boleh gak dijadikan pembantu redakan sakit gigi, tp kalau ada yang natural, maksud aku buah-buahan, itu lbh2 digalakkan...


itu sahaja yang dapat aku kongsikan...jadi tak jadi tu tataulah, tp kalau aku, menjadi la jugak...kita ni kena berusaha kan, kalau dah tak tertahan sakit tu, nak buat mcm mana, pergilah jumpa doktor gigi...aku sbnrnya tak bape suka nak cabut gigi, jadi aku akan cuba sedaya upaya mengelakkan kejadian sebegitu...bagi aku, cabut gigi tu mcm satu pembunuhan...kita bunuh gigi tu dgn cara mencabutnya...huhu...sedih...gilakah aku??? hehehe

notakaki : biar gigi tak cantik tapi sihat

Comments

Popular posts from this blog

getting worse

GA saya nak phone casing