cinta kita terhalang

aku terpandang kelibat
seseorang yang cukup dikenali
rasanya itu adalah kau
tapi
kenapa kau tak memandang ke arah ku?
atau kau tidak menyedari kehadiranku di sini?
mungkin
aku mengejar bayangan itu
ramai sungguh orang
antara aku dan kau
bersusah payah aku mengejarmu
kiri kanan orang ku tepis
semuanya kerana kau
sekali
kau menoleh ke belakang
melihat ke dalam mataku
tapi
kenapa rasanya ada jurang antara kita
semakin ramai orang di antara kita
menghalangi kita
kau seakan termenung
seperti hanya pernah mengenaliku
kenapakah begitu
kenapa hanya aku yang mengenalimu?
tidak saling mengenali?
siapakah dirimu yang sebenarnya
aku membawa hati
jauh dari mu

Comments

Popular posts from this blog

getting worse

GA saya nak phone casing