kisah emergency - kisah benar

alkisah....

aku ada kes emergency jumaat lepas, bergegas jugaklah ari sabtu tu, berkejaran sedikit...dan, berlakulah sesuatu yang tidak dijangka2kan....aku tatau sape yang bongek, air tu ke yang bongek atau aku? aku masih tertanya2....

hensets aku dengan tak sengajanya membuat aktiviti scuba tanpa sempat memakai peralatan utk snorkeling, especially peralatan oksigen, maka....lemaslah mereka berdua...penat dah aku bagi cpr, nampaknya, tak bape nak menjadik...

bergegaslah aku menghantar mereka berdua ke unit rawatan rapi aka icu untuk diselamatkan...buat masa sekarang ni, aku masih menunggu, tabah menanti keputusan dari doktor...tak tahan rasanya melihat tubuh mereka berselirat dengan wayar2....

buat masa sekarang ni, aku bersendirian....ditemani bunyi tet tet tet

notakaki : perlu ke aku henset baru? adeh....

Comments

Yasminhamid said…
gaji dah masuk.. beli baru jer lah..
Enh Ear said…
dua2 bogek... ahks..setkat ni kau tak pernah jatuh dalm air... hahaha..
ko dah pecah kan rekod aku
Enh Ear said…
ralat:\
dua2 bogek... ahks..setkat ni aku tak pernah jatuh dalm air... hahaha..
ko dah pecah kan rekod aku
therosputih said…
kak yasminhamid
seraya dengan gaji baru masuk, hutang piutang beratur kak...camno...
therosputih said…
enhear
eleh...jangan nak berlagak ngan aku hokeh!!!

Popular posts from this blog

getting worse

GA saya nak phone casing