Posts

Showing posts from November, 2012

SPECIAL GIVEAWAY by therosputih

Image
dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM , aku dengan ini merasmikan satu lagi giveaway anjuran tak lain tak bukan, aku lah selaku tuan tanah kedaun sebab aku je empunya tunggal blog nih, apa kesss sungguh lah... GIVEAWAY ini terbuka kepada semua blogger (beralamat di malaysia) asalkan mematuhi beberapa kriteria seperti yang berikut 1. WAJIB follow blog therosputih dan penaja hadiah, jualbelicrocheted 2. buat entry dengan tajuk SPECIAL GIVEAWAY by therosputih 3. jangan lupa letak banner SPECIAL GIVEAWAY yang kat atas dalam entry anda dan link kan ke entry ini 4. promote kepada kawan2 blogger yang lain suh singgah sini dan join SPECIAL GIVEAWAY ini dengan cara yang paling kreatip  pernah anda fikirkan 5. akhir sekali, komen di entry ini id follower anda, dan link entry anda itu join giveaway, mestila ada hadiah sket2 kan...oleh sebab dah nama pun SPECIAL GIVEAWAY, maka, giveaway kali ni sangat2lah special, sebab ada beberapa hadiah yang ditawarkan mengikut katego...

senarai peserta SPECIAL GIVEAWAY by therosputih

bagi mengelakkan berlakunya kesilapan dan kekeliruan, maka, di sini aku listkan penyertaan dari kalian semua, bagi memastikan link yang anda hantar diterima dan diproses...ececece...macam nak apply kerja je...sila lah check ye...kalau tak ada, sila maklumkan kepada aku dengan komen di entry ini, tindakan susulan akan terus diambil... ohh ya...lagi satu...andai kata ada di antara kriteria yang anda tidak patuhi , aku akan tulis siap2 kat bawah ni dengan warna merah  supaya korang dapat ambil tindakan bagi mengelakkan penyertaan anda ditolak, jadi...sila la semak... senarai peserta SPECIAL GIVEAWAY by therosputih 1. zainul zaki   2. azatiesayang 3. pelangi senja 4. nis 5. L@L@milie 6. Cik_Azlyzah 7. Falya 8. Isabel Diaz 9. mazliza abd razak 10. Dhia Dirham 11. XxFaraizatii2NdxX 12.  Diari Farisha 13.  jassnani 14.  mi$$chocolate 15. Dunia Wilma 16. Nadratul Syazwana 17. F.A.R.A.H.W.A.H.E.D.A. 18. Mimie Najib 19. teratai 20. aznain...

tik tok tik tok SPECIAL GIVEAWAY

Image
     woahaa...sempat jap nih nak hupdate pasal SPECIAL GIVEAWAY yang tengah berlangsung sekarang dan bakal tamat tepat jam 11.59pm malam ni...seram sejuk seram sejuk je rasa sebab tak sabar nak cabut undi...hahaha... sebelum giveaway ni tamat, dan sebelum secara rasminya aku mencabut undi bagi 3 hadiah phone casing tuh, bolehla seru2 jampi2 apa2 yang patut nombor bertuah masing2...hehehe...boleh check di sini ... oh ya...insyaallah...andai kata kesihatan mengizinkan dan tak de apa2 masalah, senarai nama pemenang SPECIAL GIVEAWAY ni akan aku hupdate pada 28hb ini ...bagi aku masa lebih kurang seminggu untuk menyelesaikan segala apa2 yang patut... dengan kekurangan kemudahan internet yang ada, agak susah sket untuk aku sentiasa online...huh...so, mintak ampun mintak maaf awal2 andai ada kekurangan dari pihak aku selaku penganjur GA kali ini... notakaki : awatla cc ni takde aircond, panas mak buyong nih nak menghupdate dengan selesa, hahaha ...

Eca Year End Giveaway #3

Image
  Year End's Giveaway&Contest oleh  ecadwinkyasha.com  ditaja oleh    jijieasriella.com  ,  zafikstory.blogspot.com ,  mialiana.com ,  sop.name.my  ,  duniashida.com  , ihaveasweetsmile.blogspot.com ,  syaisya.com ,   aziazidah.blogspot.com  ,  www.kisahemasputih.com  ,  hazwanhairy.com  , nugrulsakura.blogspot.com ,  greennnpandacraft.blogspot.com  , mymatatajam.blogspot.com ,  akuayut.blogspot.com  ,  hotchouz.blogspot.com ,  lobaksusue.blogspot.com aku nak tag enhear dan yaya

mode balik kampung

balik kampung memang best, tapi dia akan jadik sangat tidak best bila mana tak dapat nak online... aaaargghhhhhh ....sangat tensen... *ibu mengandung tak bagus tensen2 notakaki : tak dapat nak online lelama, singgah cc kejap je ni, entry pun taip ala kadar je, janji hado kepada kak adyna , kak jassnani , dan cik azlyzah yang bertanyakan khabar diri ini, hehehe...daku bertambah sihat dan lebar dan maju ke depan tak sabar nak hupdate pasal perkembangan terbaru diri ini dan baby, wakakaka...tunggu eh tunggu... notakaki : rindu nak baca perkembangan terbaru blogger2 sekalian...

sayang ini untuk dia

Ketiduran di dalam sepi, Seraut wajah beribu erti, tak daya diriku menanti, menjemput dikau kembali... Lena sayang dikau beradu.. Diiringi doa dan restu, hari esok kian kelabu, menjemput dirimu... Kenangan melalaikan diri, Bagai bermimpi... Menantikan dikau pergi, pemergian abadi... Oh sayang dikau tetap di hati, Biarpun tiada di sisi, Semusim cinta bersama, Ku iringi doa.. Tiada tangis tiada asmara, Hanya kenangan menggoda, Pengubat hati luka, Penawar sengsara... notakaki : terima kasih sayang...

resepi kuih lapis mudah

Image
aku rasa sangatlah bermurah hati untuk kongsi apa yang aku makan dan dengan harapan kalian pun terbuka pintu hati untuk cuba menu nih...jangan risau, aku nih tak bape pandai sangat masak, jadik, aku hanya akan try menu2 yang simple2 jer, sebab apa...kebarangkalian untuk menu itu menjadi dengan jayanya adalah sangat tinggi....tak gitu...wakaka... la ni, aku nak share resepi kuih lapis yang aku dapat dari sini berkat carian encek google, time kasih kak untuk resepi yang mudah dan melazatkan ini... resepi kuih lapis bahan2nya 1 cawan tepung gandum 1 cawan tepung beras 1 cawan gula 5 cawan santan pekat esen vanila garam secukup rasa pewarna cara buat 1. kuih ni jenis yang dikukus, jadi elok lah kita panaskan pengukus kita awal 2. bancuh semua adunan kat atas kecuali garam dan pewarna, aku bantai blend je, tak larat nak bancuh2 nih 3. asingkan adunan kepada 2 bahagian dengan nisbah 3:4, bahagian yang 3 masukkan garam sket, manakala bahagian yang 4 tu masukk...

Giveaway Handmade Bag ct N honey

Image
nak join boleh klik pada banner di atas jika ditakdirkan aku menang giveaway ni aku nak pilih beg ni love the stripes notakaki : tengah cari mood nak kemas rumah...aaaahhhhh...malasnya lah hai...

perkembangan bayi dalam kandungan 26, 27 minggu

Image
alamak...termiss hupdate pasal baby untuk minggu lepas yakni minggu 26 punya...aiyyyokk...sori ye baby...mama kau nih, asik ke laut je mood nya... Perkembangan Bayi Minggu 26 Bayi mula belajar bernafas. Tetapi, pada tahap ini masih belum ada oksigen yang akan masuk ke dalam paru-paru. Tahap ini juga kedudukan bayi dalam keadaan menyongsang. Jangan panik. Dari masa ke semasa bayi akan berada di kedudukkan yang betul setelah berpusing mengikut usia kandungan. Nota Hamil : Akan berlaku perubahan khususnya soal pernafasan. Anda mungkin akan cepat mengah dan rasa seperti kekurangan oksigen. Hal ini di sebabkan oleh saiz bayi yang kian membesar dan mula menekan jantung dan paru-paru. Seperti nasihat saya sebelum ini anda perlu menukar saiz bra, seluar dalam dan elakkan memakai pakaian yang ketat. ** elakkan memakai pakaian ketat...hmmmm...memang taklah, satu sebab bukan saje tak muat dah, malahan sangatlah tidak selesa, nak pakai sume baju yang besar2 sume..apa lagi, say bye2 to su...

1ST GIVEAWAY BY : ANIS NAJIHA HANNANI

Image
bangun pagi klik sana klik sini tau-tau i join hahahaha

Topup FREE by Apih

Image
saya merupakan pengguna setia maxis aku nak sangat topup free walau dia hanya rm5 sebab tak payah usaha gigih tulang empat kerat untuk dapat duit rm5 buat beli topup, bukan senang nak dapat duit even rm1 tapi bab nak belanja rm100, tak terasa pun mengalirnya duit itu notakaki : money comes like constipation, money goes like diarrhea

keledek rebus lagi

Image
ari nih memang entry aku pasal makanan je kan...apala nak jadik...keje nak menternak badan je... ahhh...pedulikkan seketika....time aku tengah masyuk bab makanan ni la kita kena raikan, sebab nnti datang time takdak selera nak makan, tengok ayam percik pun buat muka donno je...errr...ayam percik...dah lama tak makan ayam percik...*alamak keledek rebus yang memang lah superb best...ari tu, ada story2 pasal keledek rebus , dan dan2 la time tu ada 2 insan hebat nih dengan secara tak sengajanya mengajar aku makan keledek rebus cara baru... cik azlyzah : keledek rebus + keropok ikan masin krakk krakk L@L@milie : keledek rebus + sambal ikan bilis tak lama pastu, yakni baru2 ni la, sanggup aku redah orang ramai tu semata2 nak beli keledek yang warna oren nih, sebab kat pasar area rumah aku ni jual keledek yang isinya warna putih je, bolehla...tapi tetap takleh lawan keledek isi oren nih... sampai basah ketiak aku carik keledek nih... masa nak rebus tu, dah ingat dah pesan dora...

cubaan kali kedua kuih bakar

Image
menggunakan resepi yang sama aku kongsikan dengan rakan2 sekalian, cuma kali ni, berbeza tang niat masa nak buat tu je...kalau cubaan kali yang pertama tu, lebih kepada nak puaskan nafsu mengidam aku, kali ni, niat lebih suci murni tulus ikhlas lagi... niat buat kuih bakar : nak bagi dekat jiran sebelah rumah see...betapa suci murni tulus ikhlas tak niat aku tu...bukan fikir nak masuk dalam mulut sendiri, tapi dalam mulut orang lain, jadik...jatuh hukum WAJIB la buat sedap2 supaya tak segan silu nak bagi kat orang kan...actually, itu ari makcik sebelah umah aku ni ada bagi bubur kacang hijau, jadik...nak menghantar bekasnya tu, takkan la nak hantar bekas kosong plak kan, orang berbudi kita berjasa, orang memberi kita merasa la...dah nama pun adat hidup berjiran kan... *jangan sampai aku bukak tazkirah hidup berjiran plak eh kali ni, aku buat lebih sket, guna resepi yang sama tu je, cuma pakai cawan yang besau sket...ekekeke...sambil bancuh, sambil doa supaya jadik ...

ubah jadual

Image
sesi persekolahan tahun ni dah nak berpenghujung dah...meanings, dah nak hujung tahun, dah nak cuti sekolah , yeaaaaa ....dan dah nak balik semenanjung...ulalala...tak sabarnya nak makanmakan dan makan....errr....tak sabar nak jumpa mak ayah jugak...ekekeke... ari ni khamis...dan ari ni jugak spm paper mathematics...owh...kenangan itu...jangan diceritakan lagi, nak tahu, sila baca sendiri kat sini ....ngeri2... pagi2 biasa pas check email, dan blogwalking blog kengkawan yang lain, aku akan baring2 manja dan mula mengait...tapi pagi ni, rasa nak kemas2 memory card camera la, banyak sangat gambar yang tak terusik, dan hasil2 kait yang tak dipublish...nak kata bizi, ntah apa yang dibizikan pun aku idok le tahu nya kiah oi...nak kata bizi dengan anak, anak pun masih dalam perot lagi...haish...sila rajin2kan diri anda wahai ain... tadi dah publish kat blog jualbeli, tapi kali ni, nak publish jugakla kat sini...biarlah gambar yang sama sekali pun kan, ahaks...itu adalah bookmark p...

oh my lunch

Image
copy tajuk dari latest entry cik farah kita, ekekeke... baru pagi tadi bersungut nak makan nasik kerabu  *sambil membayangkan nasiknya yang berwarna biru, ada telur masin, ada ulam2 tup2 tadi tengah hari...owh my lunch sungguhlah gini gak...terkebetulan semata2...memang tak cakap ngan sesape pun nak makan nasik kerabu, sebab hajat hati memang nak tunggu balik kelate dulu, dan redah nasik kerabu jual kat pasar malam area rumah aku...memang superb la nasik kerabu akak tuh... hihi...kantoi tak masak ini ari kan...tapau sajerk... tapi kan, kelakar la tengok nasi kerabu nih, sebab...cer tengok cara dia serve sambal tumis dia...aku dah siap buat anak panah lagi tuh... bungkus macam aiskrim tu kan, hihihi alhamdulillah...licin...kenyang tengah ari nih... notakaki : pencuci mulut aiskrim, ngadap la kau satu bekas tuh...

list to be eaten

tajuk entry tak leh blah...macam besar sangat perot nih nak sumbat macam2...baru makan sepinggan nasik, dah mengah carik nafas...tapi, aku tak kira sume tu... ari ni ari rabu, dan esok khamis, lusa jumaat...tulat, sabtu...yiehaaaa...balik semenanjung... tak sabar nak balik semenanjung sebab nak makan macam2 jenis makanan yang dah lama dah aku pendam nak makan...ni adalah antara list aku...hihihi 1. tomyam 2. sate + kuah kacang + nasi impit 3. nasi kerabu 4. nasi kukus 5. keropok lekor goreng 6. mempelam 7. popia 8. tapai ubi 9. char kuew teow 10. masakan ibu terchenta errr...sebenarnya banyak lagi, tp cukuplah sekadar list 10 je dulu, sebab takut nanti list punya list, tak tercapai dek mulutku je...sume makanan ni takde kat sini, even kalau ada pun, rasanya tak sama dengan apa yang aku idamkan... actually, tomyam tuh...ari tu, masa aku kat kk, ada aku order tomyam, rasanya bolehla, tapi tetap takleh lawan tomyam kat kampung halaman ku, kelantan bumi tersayang...h...

kuih bakar mudah therosputih

Image
dan2 la tekak mak buyong kau nih terasa nak makan kuih bakar, actually, dah lebih kurang seminggu jugakla aku mencari kuih ni dekat kedai kuih pepagi tuh, tapi tak jumpa, walhal sebelum tu, aku pernah tengok makcik kuih tu ada jual, aih...time aku nak ni la payah bebeno nak mencarinya... pastu, nekad...nak buat sendiri...masa elah nya...mana pernah aku buat...adehla...tapi aku pernah tengok mak aku buat...so, pakcik google kan ada...taip je lah resepinya...so, kat sini, aku kongsikan sekali dengan korang sume resepinya sebab aku rasa sangat mudah dan cepat nak buat... resepi kuih bakar bahan 1 1/2 cawan santan pekat 1 cawan tepung gandum 1/2 cawan gula 1 biji telur pewarna hijau sedikit garam cara buat 1. masukkan santan, tepung, gula, telur, pewarna hijau, dan garam dalam blender 2. sapu marjerin sket pada loyang 3. bakar dengan api yang perlahan 4. kalau agak2 dah ada bau, cucuk dengan garfu pun dah tak melekat, masak la tuh 5. tunggu sejuk sket...

kalau tengok mesti nak juga

Image
mengidam mak buyong makin menjadi2 nampaknya... M.A.N.G.G.A. susah nak dapat mangga jenis macam ni, maksud aku, mangga masak...yang biasa dorang jual kat kedai, mangga muda tu, best kalau buat kerabu mangga...masam2 gitu, like like like like like... sejak berbadan dua nih, baru dua kali aku dapat merasa mangga masak macam ni, kira ok dah la tu, masa awal2 dulu, punya la mencari...tapi tak jumpa...mangga tak sempat nak masak sebab dorang jual yang muda...sekali ari tu, masa pegi semporna dengan mak ayah aku, dorang ada jual, rm2 untuk selonggok...banyak la jugak...yang nak makannya aku sorang jo...so, aku pun kawtim baek punyer dengan makcik tu, aku nak rm1 je...hihihi... agaknya makcik tu kesian tengok perempuan comel  boyot macam aku nih, dia pun anggukkan je lah sambil pejam2 mata...dapatla aku rm1 untuk 4bijik...sekali hadap, nasib bukan sekali telan...pastu dan2 lagi time tu makcik tu borak dengan ayah aku... makcik : kenapa kaki nya? ayah : bukan kaki,...

SPM - matematik kertas dua

tatkala adik2 kita tengah sibuk cuak gabra dengan paper2 SPM yang masih belum sampai suku habisnya, aku redakan sedikit perasaan gabra itu dengan kongsi pengalaman sebenar aku time aku SPM dulu, tapi kita hanya fokus kepada 1 paper ini sahaja, matematik kertas dua...sebab ada cerita dan pengalaman yang takkan aku lupakan... cerita pun bermula.... ari tu, aku ada paper math mod ringkasan bagi matematik moden , antara subjek kegemaran aku...pagi tu, paper 1, tak ada masalah sangatlah...alhamdulillah, boleh jawab dengan bahagianya...habis paper 1, kawan aku ajak balik rumah, sebab gap paper 1 dengan paper 2 boleh tahan la jugak lamanya...paper 2 lepas zohor...so...balik rumah dulu... sampai rumah, mak aku masak spesel, masak pedas cendawan busut ...pada sape yang tak pernah try spesis cendawan nih, haruslah korang rasa ralat, sebab bagi aku, spesis cendawan nih, sedap wooo...terangkat habis...tapi aku tak terus makan dulu...ingat nak mandi dan siapkan diri, pastu baru ngadap makanan...

aniaya sungguh

Image
alahai...memang la comel je nengok kan, tapi jauh di sudut ati aku, kesian pun ada dengan kucing nih...kalau dia boleh bercakap, apa la agaknya yang akan dia cakapkan... gambar tu aku cilok dari fb je notakaki : tak suka bila dianiaya

hupdate entry pendek

ari tu ada join satu contest teka2 jumlah yang dia spend untuk baju, seluar dan selipar untuk anak dia, dan2 tadi dia dah announce , dan dan2 jugakla time tu aku baru je tengok hupdate terbaru2 rakan2 blogger... ini aku copy paste je ayat dia The lucky winner with  therosputih , you are the one! Her closest guess RM80.80. I guess her midnight guess gives her the winning thought!  sebelum tu, aku ada join contest teka2 jugak yang dia anjur, dan tak sangka, rezeki aku gamaknya... menang ...alhamdulillah... notakaki : tak larat nak terjah blog kengkawan yang lain, demam masih galak dan tengah bersuka ria dalam badan aku, best kot, sampaikan taknak blah lagi

demam SPM

apa cite bangun pagi ni sihat2 je, tapi selepas 10 minit... * * badan panas * * hidung berair * * muka terasa panas owh tidak...jangan kata demam...sangat2lah tidak suka begini...tapi dah terlambat...sekarang nih, tengah menikmati detik2 yang dipanggil ujian penghapus dosa dengan redha dan pasrah... sebelum tu, nak wish selamat maju jaya dan jaga diri bebaik kepada semua calon SPM 2012 yang tengah menduduki kertas pertama mereka hari ini...paper bahasa melayu kan kalau tak salah aku...pesan aku satu je, this is the time, so prove it what you have prepared before.. . notakaki : 3 hari hidup tanpa internet, dugaan oh dugaan

Eca Year End Giveaway #2

Image
Eca Year End Giveaway #1 dan join, dan kali nak join Eca Year End Giveaway #2 plak dengan itu, aku nak tag enhear  dan yaya   Year End's Giveaway&Contest oleh  ecadwinkyasha.com  ditaja oleh    jijieasriella.com  ,  zafikstory.blogspot.com ,  mialiana.com ,  sop.name.my  ,  duniashida.com  , ihaveasweetsmile.blogspot.com ,  syaisya.com ,   aziazidah.blogspot.com  ,  www.kisahemasputih.com  ,  hazwanhairy.com  , nugrulsakura.blogspot.com ,  greennnpandacraft.blogspot.com  , mymatatajam.blogspot.com ,  akuayut.blogspot.com  ,  hotchouz.blogspot.com ,  lobaksusue.blogspot.com

kemenangan berganda

Image
pembuka entry dengan memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada yang maha esa, sebab sepanjang2 aktif join giveaway sana, segmen sini, anjur giveaway sendirik lagik, aku dapat dua berita gembira secara berturut-turut plak tu.... kemenangan satu semalam, teman rapat alam maya saya sekarang nih, tak lain tak bukan cik azlyzah kita, mesra aku panggil cik je, sepanjang bulan oktober yang baru je end up yesterday, dia ada menganjurkan ala2 mini giveaway gitu...katanya nak bagi hadiah topup rm10 kepada pengomen terbanyak blog dia, alhamdulillah...tak sangka, rupenya aku lah insan bertuah yang suka buat kecoh kat blog dia  itu *buat2 malu terima kasih berbanyak ye cik...cik pun apa kurangnya, selalu terjah sini dan komen...tak caye, tengok nih nama cik yang kat atas sekali...macam ada peluang besar je nak dapat hadiah elmo nanti...yang lain jangan risau, masih ada peluang dan masa lagi untuk berusaha...aku tak bias eh, semua diadili dengan seadilnya... psss...dah d...

2nd Anniversary Giveaway by QCEY

Image
klink pada banner untuk join selamat ulang tahun khas untuk Ekmal dan Yana dengan ini, nak tag beeha dan juju notakaki : tumpang bahagia di atas kebahagiaan orang lain, syukur alhamdulillah

ruangan pengomen terbanyak berwajah baru

Image
okay, terus terang aku sangatlah hampeh bab coding2 nih, dulu masa kat u dulu, ada amek subjek pengaturcaraan matematik...belajar C++ je kot, tapi punyalah hazab dan shengshara nya nak habiskan satu sem tuh...masa awal2 belajar, enjoy gile, seronok tengok bila kita buat suatu code then tengok result dia...tapi bila mana dah lama2 belajar, ya rabbi...makin banyak belajar, makin tak paham aku...mungkin aku tak sesuai dalam bidang tu kot.....ahaks... tapi aku suka gi kelas amali dia, sebab ada err...ada err...ada orang yang aku minat dalam kelas tu...hahahaha *gedixs baby, sila jangan ikut perangai mama kamu yang ini back to the tajuk...ini adalah wajah ruangan pengomen terbanyak aku sebelum dan ini adalah selepas beberapa minit sempatla basah ketiak pening kepala selepas nampak tak apa yang berbezanya wahai para pelajar sekalian? meh cikgu tunjukkan versi gambar dekat2 plak... sebelum (A) dan selepas (B) pelajar A1: tak de apa2 beza pun cikgu : (tak jadi ...

contest/giveaway made by mimie

Image
nak join boleh klik pada banner di atas sah sehingga 30.11.12

cicak oh cicak

Image
ini cicakman punya kereta gamaknya picture diambil hasil perkongsian rakan fb notakaki : i really don't like cicak that much, gellli