kata putus

semalam ada cite yang aku akan pi jumpa doktor pakar ortho untuk bincang lebih lanjut akan keadaan aku, dan dah janji jugak kan nak share apa perbincangan antara aku dengan doktor tuh...

pepagi lagi dah terpacak kat depan kaunter, pendek kata, kaunter tak bukak pun lagi, aku dah ready dah kat luar th...kaunter buka kul 8.10am...amek no, 3003 nombornya...no 3, ingatkan cepatla siap, sebab dapat nombor antara yang terawal la jugak kan...sekalik, hamek kau...kul 9 lebih camtu baru no mula dipanggil...

aku tunggu je lah...
*
*
* 
tunggu lagi
*
*
*
dan lagi
*
*
*
kul 11.30am macam tu baru nombor aku dipanggil...time tuh, dah semua jenis kebas, semut2 kaki pinggang sume dah rasa dah...punya lah azab...

masuk, jumpa doktor perempuan, muda lagi...cerita masalah aku, dan dia pun trace rekod aku macam mana, check keadaan terkini aku...pastu aku tanya soklan yang memang tahap soklan PHD punya la...

adakah saya boleh melahirkan anak secara normal atau perlu melalui proses pembedahan?

terked doktor tuh ngan soklan aku...kan aku dah cakap, soklan memang tahap PHD punya, ntah2 pemegang PHD sendiri pun garuk pale 3,4 kali, pun belum tentu dapat jawab soklan aku dengan baik lagi...hahaha...

doktor tu cakap, nanti dia bincang dengan ketua dia...bincang punya bincang, dia panggil aku masuk dan kami pun berbincang lagi sekali dengan dia...

memetik kata2 doktor pakar yang aku lupa plak nama dia apa, actually ak konpeeyus antara namanya halim atau imran
aku sebenarnya berpeluang untuk melahirkan anak secara normal sebab kedudukan baby semua berada dalam keadaan baik, dan baby pun setakat ni alhamdulillah, perkembangan yang positif...cuma, jika aku dibenarkan untuk melahirkan baby secara normal, aku meletakkan saraf tunjang aku berada dalam keadaan berisiko tinggi (high risk) di mana aku boleh lumpuh semasa sedang meneran dan ini akan membahayakan aku sendiri dan baby yang masih dalam kandungan atau lumpuh selepas melahirkan baby, yang ini, kiranya baby dah selamat keluar, tapi aku plak yang bermasalah selepas itu...dia sendiri pun tak menolak bahawa mungkin tidak akan berlaku apa2 ketika proses meneran itu nanti...so, semuanya 50-50 jugak...

aku paham la tuh, sebab kita semua ni kan mahkluk ciptaan allah yang hanya boleh merancang dan menyediakan pelbagai kemungkinan yang berlaku, jadi, untuk mengelak daripada semua itu, aku dinasihatkan untuk melahirkan baby secara pembedahan sahaja untuk meminimumkan apa jua kemungkinan yang tidak diingini berlaku di bilik bersalin...

****

speechless kejap aku masa tu, tapi berjaya juga habiskan sepinggan nasi berlauk ikan, sama teh ais...siap ada extra kuih akok, karipap lagik...


Comments

adyna AB said…
insyaAllah doc akan buat yg terbaik..mcm doc cakap arwah azim tak dpt diselamatkan..kita selamatkan ibu dulu..masih terbayang2 beat azim masih laju waktu doc scan perut...
ida =) said…
insya Allah. doakan yang terbaik. kalau MA, bedah la kot... minimumkan risiko... semoga selamat semuanya
therosputih said…
kak adyna
itulah, bila dah doktor cakap macam tu, maka, ready dahlah minda, badan, sumenya lah...

sabar akak, insyaallah, arwah azim tunggu mama babah nya di sana nanti...akak antara yang bertuah...
therosputih said…
mama adam
itulah, bila dah bincang itu ini itu ini dengan doktor, itulah keputusannya...tinggal jumpa pakar oNg la plak pasni...
mommyfiqa said…
bila baca entry orang tentang proses besalin buat rasa takut pulak..

Popular posts from this blog

getting worse

patah hati

GA saya nak phone casing