30hb12 - resepsi apek penjaga gol

adeh...ari ni dah masuk 30hb12 dah upenya...tengah ready2 nak siap pi hospital pagi nanti, baru aku teringat...acanne nak pi pusing2 kaybee camni, ari nih ada resepsi perkahwinan apek si penjaga gol harimau malaya tuh kat hotel renaissance acanne tah nak eja nama hotel tuh, tak reti la plak aku nih... aku baru je plan nak ajak driver aku tak lain tak bukan mr papa ku pergi jenjalan habiskan duit kat kedai benang kat bandar...wakakaka...nampak gayanya macam tak bape nak jadik je ginik...

ye lah...kalau dah bother apek kita nih buat majlis kat hotel tuh, dah sah2 jalan kat situ jem bagai nak rak...tak sanggup aku nak meredah kesesakan lalu lintas semata2 nak jenjalan kat bandar...aih...cobaan sungguh ginik...

ari nih, aku ada appointment dengan doktor pakar ortho husm, kubang kerian...kandungan aku alhamdulillah dah cecah 35minggu kalau tak silap kiraan aku, dan sepatutnya kalau aku masih di sabah sekarang nih, doktor aku kat sana, yakni doktor ram nak kandungan aku bila cecah aje 28-30 minggu, dia nak operate keluarkan baby...tapi dah balik semenanjung, cuti sekolah lah katakan, lambat sketlah nak reappointment kan balik, so, terbabas la sampai ke minggu 35...

alkisah, secara kasarnya, aku akan bincang dengan doktor ortho tentang apa pilihan yang aku ada, sama ada bersalin secara normal atau bersalin secara caesar bergantung kepada keadaan tulang belakang dan saraf aku...aku nih, kalau ikutkan ati, dah malas dah nak fikirkan tentang diri sendiri, tapi bila ingat2 balik, istighfar banyak2, baru aku rasa macam ada kekuatan untuk tempuh sume ni balik...selalu aku cakap dekat diri sendiri, aku kena kuat demi baby nih...

aku kena kuat demi baby ini, dan aku nak baby pun sama2 kuat untuk tempuh sume ni sama2...aku dah takde sape dah nak sokong aku dalam sume nih, jadik...dirik sendirik kena kuat...

apa kata doktor hasil perbincangan aku nanti, akan aku story2kan kat sini untuk perkongsian bersama...aku sebenarnya masih tertunggu2 mereka yang senasib dengan aku untuk sama2 berkongsi pengalaman macam ni...aku selalu cakap, aku bukan nak meraih simpati, jauh sama sekali nak orang kesian dekat aku, aku cuma mahu mencari secebis kekuatan untuk aku lalui hari2 yang mendatang...

notakaki : selamat pengantin baru buat apek dan pasangan

Comments

adyna AB said…
insyaAllah semua nya selamat ain..operate ke normal serah pada Allah doa selalu dipermudahkan segalanya
therosputih said…
kak adyna
time kasih akak...hope dipermudahkan segalanya pasni...insyaallah kan...

Popular posts from this blog

getting worse

patah hati

GA saya nak phone casing