tanda2 cuti sekolah dah nak habis

1. jalan jem, pasaraya padat dengan manusia, parking kereta sume penuh - sume sebok nak beli kelengkapan sekolah anak2

2. pelajar 3,4 kali gi kedai buku cari buku rujukan baru tapi sedih sebab tak sampai lagi bukunya, yang ada pun terbitan tahun semasa sahaja

3. si anak yang bakal masuk darjah 1 tahun depan ni tido malam2 pakai kasut sekolah yang dibeli, lengkap dengan stoking, tak leh blah, beg, baju sekolah sume dah ready tepi katil - tak sabar nak gi sekolah lah katakan

4. mak apak yang bekerja dah plan dah nak amek cuti bape ari sorang, jadual giliran untuk hantar dan tunggu anak masuk sekolah

5. pakcik dan makcik driver bas sekolah dah mula tolak customer, dah terlebih penumpang dah katanya

6. rumah2 atok nenek di kampung dah mula lengang, cucu2nya dah mula balik ke rumah mak ayah masing-masing - ternakan di rumah atok nenek urut dada tanda lega, habis sudah tempoh berkurung mereka

7. cikgu-cikgu yang bercuti sepanjang cuti sekolah dah mula mengatur langkah kembali ke tempat kerja masing-masing

8. cikgu-cikgu mula hupdate status fb, twitter perihal betapa banyaknya meeting sekolah yang perlu dihadiri dalam tempoh terdekat ini, bersusun berderet sume...perghhh...

9. cikgu spesis yang macam aku, dah mula hitung bape ari lagi nak cuti sekolah lagi - next cuti adalah raya cina nanti, hihihi

10. atur balik jadual seharian - bangun pepagi, mandi pepagi owhh...tidak...sejuknya air dan setting minda untuk bekerja dengan jayanya, get off from holiday mode

notakaki : masih lagi tidak bekerja, get ready untuk cuti bersalin

Comments

Unknown said…
yup..hoorey dah nak start sekolah..azam baru!! =D

*mcm lar kat sekolah lg..=P
Nana Hashim said…
rindu plak zaman skolah dulu
zainul zaki said…
yea skola da nak start
Unknown said…
hahaha... jap je da nk masok skolah blk..
adyna AB said…
wah cantiknye blog ain..tempah ke buat sendiri nie???
therosputih said…
fatin amalina husna
takpe kalau dah tak kat sekolah pun, yang penting masih belajar lagi...hehehe...hidup perlu teruskan belajar dan belajar dan belajar...ecewah...
therosputih said…
nana hashim
tak pernah sehari dalam hidup selepas tamat sekolah ni tak teringat pada kenangan zaman sekolah...

kerana ilmu yang dipelajari itulah di mana kita hari ini kan...
therosputih said…
zainul zaki
ala...cikgunya masih nak bercuti lagi, acanne nih...ekekeke...

bangun pagi, gosok gigi, pegi keje...ulalala
therosputih said…
deqla manjew
bila cuti panjang, rasa kejap je cuti kan...biasaklah tuh, sesi pulun budak suruh belajar bakal bermula...
therosputih said…
kak adyna
time kasih sis...mestila tempah, mana pandai buat sendiri...

by the way, ni adalah hadiah yang ain dapat menang masuk contest baru2 ni...syukur alhamdulillah...
ayut said…
bile kg dh makin lenggang mmg petanda la tu nk sekolah..hihihi
therosputih said…
ayut
kat kampung dah mula lengang, tapi supermarket? ya rabbi...sesak gile...

Popular posts from this blog

getting worse

patah hati

GA saya nak phone casing