selamat ulang tahun sahabat

entry ini khas ditujukan kepada one of kawansampaimati aku, yakni enhear kerana ari ni adalah ari jadi beliau, ngeeee

seperti biasa, aku cilok gambar dari fb, pastu edit sket

dengan ini, aku nak nyanyikan lagu selamat ni untuk dia

allah selamatkan kamu
allah selamatkan kamu
allah selamatkan midah
allah selamatkan kamu

ucapan aku pendek dan padat je, semoga dipermudahkan segalanya

seingat2 aku, aku tak pernah sambut birthday dia sebab dia lahir bulan 12, di mana dulu, bulan 12 adalah bulan cuti sem, maka, kompem2la dah balik kampung kan time tu...kawan2 aku yang lain, sorang tu awal tahun, time tu dah bukak sem dah...so, bolehla sambut...yang sorang lagi, bulan 10, tengah2 sem...syiok jugak sambut...bila tang birthday aku, ceh...taki best, sebab bulan 4, time tu ngah pulun study untuk final exam...

aku sebenarnya taktau nak tulis apa sempena birthday dia nih sebab nanti kang, kalau aku tulis pape, dia mesti gelakkan tulisan aku...sebab pompuan nih banyak sengal dia dari aku...dan orang selalu cakap dia susah nak ada perasaan...tapi bagi aku, kalau dia susah nak ada perasaan, kompem2 la dia bukan manusia plak kan...so, sebenarnya dia penuh perasaan, tapi dia taktau atau tak perasan macam mana dia nak tunjukkan perasaan dia tuh...errr...paham tak apa aku nak cakap nih sebenarnya...hahahaha

sebenarnya kan, antara aku dan kawan aku yang sorang nih, kitorang punya eye contact sangatlah link, dan selalu saje saling memahami di antara satu sama lain, dengan hanya melalui pandangan mata, tu belum masuk pandangan hati plak kan...hakhakhak...

paling aku takkan lupa sampai bila2 aku harap adalah, dia selalu typing error kalau bab taip msg, tapi aku sentiasa paham apa yang dia nak sampaikan tuh...10 kali dia taip salah, 9 kali aku akan paham, dan mungkin sekali dua je aku tak paham...tak lupa, kawan aku nih, dia selalu sangat cakap belit2...tapi bukan belit2 penipu tuh, cuma penyusunan kata dia amatlah teruk...hahahaha...aku tengah kutuk kau nih, dapat? hehehehe...

kesemua yang aku sebut tentang kawan aku nih, sebenarnya menceriakan hidup aku...*sobsobsob

serius aku dah mula rindu nak lepak sesama lagi...

notakaki : sayang rindu dendam sama kamu semua

Comments

Enh Ear said…
hahah.. mengigaaku carik butang comment...
tq kawan..
aku ni berperasaan dalam perasaan.. ngeh ngeh ngeh
therosputih said…
enhear
aku paham perasaan kau di mana kau berperasaan...

*pening dengan ayat sendiri
ayut said…
slmt ulang tahun bt kwn akak... :)
therosputih said…
ayut
hehehe...kalau dia baca nih, mesti dia gembira, senyum sorang2....

Popular posts from this blog

getting worse

patah hati

GA saya nak phone casing