60 earth hour
mlm ni, mlm ni, jom2 kita pakat light off sume lampu, start kul 2030 hingga 2130...apa tu 60 earth hour?tahun ni, wwf iaitu tabung alam sedunia, telah berpakat memilih tarikh 28 mac 2009 sebagaitarikh kesedaran itu, sebenarnya 60 earth hour ni dah bermuladi australia, di mana sydney melakukan kempen ini pd tahun 2007 dengan bergelap selama sejam, hasilnya?penjimatan elektrik...malahan, pembebasan gas karbon dioksida juga dpt dikurangkan, sekaligus menyelamatkan alam sekitar dan meminimumkan kesan pemanasan global. Tindakan sendirian australia ini menjadi tumpuan dunia...sebab tu lah, tahun 2008 tuh, ada negara2 lain join, dgn bergelap selama sejam...masa tuh, 37 negara terlibat, malaysia tak terlibat, kenapa ek?entah...tp masa tuh, usm join, bergelap...kolej kediaman, kampus sume bergelap, pendek kata, 1 usm tu ah bergelap... thn ni, 2009, peningkatan negara y terlibat, iaitu 1429 bandar dlm 80 negara termasuk malaysia (yeyeye) berdaftar ngan wwf, baguskan...sebanyak 16995 perusahaan, perindustrian atau perniagaan dan 5085 organisasi akan terlibat...bgslah, nampak mcm sikit je, tp sbnrnya impak pd bumi dah cukup besar, y pentingnya usaha...ada fakta mengatakan, bandaraya bangkok tu je akan dpt mengurangkan penggunaan elektrik sehingga 73.34 M watt iaitu bersamaan 41.6 tan karbon dioksida masa dorg join kempen ni thn lps...besar kan...kesian bumi...bandaraya toronto di kanada lak, jimat 900 M watt, ireland jimat hampir 1.5% penggunaan elektrik...sume fakta penjimatan ini telah direkod...apa salahnya jika kita join, mercu tanda dunia y besar2 pun bergelap, inikan plak bilik kita y tak bape nak ada nih...hehehe...coloseum di rome, sydney opera house di sydney, times square di new york, golden gate bridge di san francisco akan bergelap..tahun ni, kat malaysia, sebagai mercu tanda, menara kuala lumpur akan bergelap...maknenya dunia akan tgk bangunan tu mlm ni...kepada sape2 y nak tau lebih lanjut, leh layari laman web rasmi wwf tu ek...sepanjang light off sejam tu nnti, google tidak akan berfungsi,dgn erti kata lain, google ngan blogspot tidak akan berfungsi, pendek kata, takperlu la kot online, paling best, tutup sume peralatan letrik, kipas pun, tp nnti mesti panas lak kan, oklah, kipas dikecualikan...akhir cerita, melalui kempen ini, pengundi bebas memilih untuk memadamkan lampu jika mahu menyelamatkan bumi atau membiarkan ia menyala jika memilih bumi terus menjadi mangsa pemanasan global kelak....kesianla kat bumi...marilah kita sebarkan kesedaran ini...
ari ni aku puasa, ingat nak ajak linda lepak2 kat luar, tgk bangunan menara kl...menikmati keindahan alam waktu mlm kan...
ari ni aku puasa, ingat nak ajak linda lepak2 kat luar, tgk bangunan menara kl...menikmati keindahan alam waktu mlm kan...
Comments