Monday, July 25, 2011

bestnya kalau dapat tido - entry on 23 july 2011

Views
okeh, hari ni dah masuk hari ketiga aku bekerja 28jam sehari, walhal...baru hari kedua perkhemahan...

eh...aku tak tipu tau, ini benar2 belaka...

alkisah...mamangla perkhemahan secara rasminya bermula pagi semalam, tapi pagi kelmarin tu lagi aku dah sibuk kalut2 rimau menguruskan tempat perkhemahan ngan pengurusan di sebalik tabir...

semalam ada rollcall di tengah2 pagi..meanings2 rollcall di kala jam tepat menunjukkan jam 2pagi...hadeh...sangatlah kemengantukan...

pastu aku plak kena bertugas dari jam 11 malam sampai 7 pagi, dan pada masa yang sama bertugas uruskan pelajar muslim solat subuh, kul 4.30pagi dah ready2 uruskan dorang...

so, kul bape aku nak tido nih?

siangnya, seharian menguruskan meja urusetia...memang urus dan setialah aku di sana...

malam ni, ada malam kebudayaan, paling best, ada ungGUN api....waaa....janganla hujan malam ni...mesti syiok habis...

notakaki : ada ura2 nak kenakan aku buat persembahan adhoc mlm ni...mampos aku...

No comments: