mengenakan pelajar sendiri

semalam, aku ngaja 4 masa direct, non stop, lepas rehat smpai masa last...nak dijadikan cerita, waktu terakhir tu, subjek PSK atau pendidikan sivik dan kewarganegaraan....

aku da bagi baik punya latihan, suh dorang salin, pastu jawab...aku bagi masa...tunggu punya tunggu, aku bagi 6 lagi soalan betul salah, sangat senang sebenarnya soalan2 tu sume, sebab aku tgk ada lagi masa almost 30minutes...so, memang tak salahla kan...

tunggu punya tunggu, aku bajet 10 minit nak balik, baru nak bincang...sambil2 tu aku pantau la dorang buat kerja...sekalik, aku pandang 3 orang students bebal yang selalu tak buat kerja dalam kelas, baik punya goyang kaki dorang ni...kerja tak siap agi, tapi sebok duk pikul beg nak balik...sekalik, aku dapat idea

kita bincang, habis bincang, kita balik...tapi sebelum tu, saya nak anisa, haziq, dan jackelly datang depan dan tunjukkan saya hasil kerja kamu terlebih dahulu, baru saya benarkan yang lain balik...selagi mereka bertiga tak tunjukkan hasil kerja mereka, selagi tu kamu semua tak boleh balik

kalut ribut dorang siapkan kerja, sambil2 tu kawan2 yang lain bambu2 la dorang sebab tak buat kerja...aku apa lagi, amek peluang la nak bebel...huh, rasakan bebelan padu dari aku...even kawan2 aku pun tak sanggup nak dengar aku bila mana dan ketika aku membebel tanpa henti...alah, bukan bebel sangat pun, setakat bagi nasihat suh dorang ubah sikap, ubah perangai je kot...tak kuasalah aku nak membebel, bukannya dorang faham bahasa melayu sangat pun...habis2, aku cakap

mun kitak sik mauk ubah perangai sekarang tok, susah kitak mauk berjaya kelak, mun kitak mauk berjaya, kitak berubah dari sekarang, boleh ke sik boleh? janji sama cikgu....

pastu aku tanya gak dorang, apa pengajaran yang dorang dapat....kali ni, aku biarkan dorang sendiri yang bagitau apa pengajaran di sebalik kejadian masa terakhir itu...hahaha...padan muka korang sume...rasakan...

notakaki : hope dorang dapat pengajaran dari apa yang dorang buat tu sampai bila2

Comments

ummu said…
SALAM
YA Allah, 4 masa direct
kalau saya, mahu letih dulu, minum air masak dulu.
Yasminhamid said…
harap2 dorang reti bahasa la sikit lepas ni..
therosputih said…
ummu
tu baru 4 masa direct, okay lagi lah...saya ada 6 masa direct, 2hari plak tu mcm tu...sangat exhausted...seriously...
therosputih said…
yasminhamid
hmmm....harapan tinggal harapan je kak...dah buat balik dah perangai lama...

Popular posts from this blog

getting worse

patah hati

GA saya nak phone casing