ruangan pengomen terbanyak berwajah baru

okay, terus terang aku sangatlah hampeh bab coding2 nih, dulu masa kat u dulu, ada amek subjek pengaturcaraan matematik...belajar C++ je kot, tapi punyalah hazab dan shengshara nya nak habiskan satu sem tuh...masa awal2 belajar, enjoy gile, seronok tengok bila kita buat suatu code then tengok result dia...tapi bila mana dah lama2 belajar, ya rabbi...makin banyak belajar, makin tak paham aku...mungkin aku tak sesuai dalam bidang tu kot.....ahaks...

tapi aku suka gi kelas amali dia, sebab ada err...ada err...ada orang yang aku minat dalam kelas tu...hahahaha *gedixs baby, sila jangan ikut perangai mama kamu yang ini

back to the tajuk...ini adalah wajah ruangan pengomen terbanyak aku

sebelum

dan ini adalah selepas beberapa minit sempatla basah ketiak pening kepala

selepas

nampak tak apa yang berbezanya wahai para pelajar sekalian? meh cikgu tunjukkan versi gambar dekat2 plak...

sebelum (A) dan selepas (B)

pelajar A1: tak de apa2 beza pun
cikgu : (tak jadi nak senyum, terus tunduk pandang lantai dengan linangan air mata)

pelajar A2 : yang B tu tak ada nama therosputih yang comel lagi kiut
cikgu : (air mata masuk balik) lagi apa lagi?

pelajar A3 : ada beberapa nama dalam A tapi tak ada nama dalam B
cikgu : bagus, okay....ada lagi tak kelas? (mata bercahaya-cahaya)

pelajar A4 : jumlah komen di B tak sama dengan A, komen di B lagi sedikit berbanding dengan A
cikgu : okay...kamu semua sangat bagus kecuali kamu pelajar A1 (sambil memberi pandangan tajam kepada pelajar A1)

haha...bangga jap sebab berjaya mengubah code untuk ruangan pengomen terbanyak aku...nak tahu apa yang telah aku buat?

untuk yang A, code yang aku guna adalah seperti yang kat bawah ni

A

yang A ni, semua jumlah komen dari awal mula kita berblog dan terima komen akan dikira, termasuklah komen yang kita balas tu...macam tak best la kan, sebab  ada beberapa nama yang dulunya aktif mengomen, pastu sekarang dah senyap, tapi nama dia still ada dalam list kita...kesian la dekat pengomen2 yang baru nak start membina empayar komennya, terpaksa bersaing dengan mereka yang lebih otai...so, apa yang telah aku buat...

aku edit sket...buang nama sendiri sebab dah sah2 aku lah yang akan banyak sekali komen kan, sebab aku akan balas semua komen2 yang diberikan tu...so, exclude kan nama aku, highlight warna kuning...lepas tu, aku state kan tarikh atau selang masa yang aku nak komen2 itu dikira...sebagai contoh, aku nak tahu siapa dan berapa jumlah komen yang diberikan sepanjang tempoh SPECIAL GIVEAWAY by therosputih tuh, highlight warna merah...

B

dah siap...hahaha...nampak senang, sambil2 makan kacang cap tangan, tapi jenuh jugaklah baca kekdah dan carenya tuh sebab aku kan sedikit bengap slow bab2 code nih...huh...penat...lap peluh kat ketiak

oh yer, kat sini aku sertakan link untuk sesapa yang berminat nak ubah atau letak ruangan pengomen terbanyak sama macam yang aku buat ni, tapi kenala pandai2 edit eh...ini link untuk yang versi A dan ini link untuk yang versi B...kalau korang ada masalah, dan kalau aku mampu nak tolong, boleh tanya aku...komen kat entry ni pun boleh...*manala tahu kot2 aku boleh tolong kan, aku pun bukannya pandai sangat

notakaki : peserta SPECIAL GIVEAWAY by therosputih dah boleh pantau dan tengok jumlah komen masing2, kalau rasa nak tambah lagi angka2 tu, boleh buat sedemikian sementara GA masih berlangsung

Comments

ayut said…
hihihi..nmpk beza.nama sendiri dah takde... :)
Jue Jaynee said…
o kena ubah tarikh ye?

seee2222 okk..thanks..hihikkkk
therosputih said…
ayut
hehe...up kan la sket, kompem masuk dalam list
therosputih said…
jue jaynee
yup...kalau nak tengok siapa kerap komen dlm tempoh bulan tertentu, lagila senang, tapi kena sentiasa update tarikh dia dari masa ke semasa...kalau tak, dah capai limit date dia nnti, takde jumlah komen akan terhupdate...

errrr...paham tak? aku plak yang pening bace ayat sendiri nih...
JaSSNaNi said…
my name listed there... :) hopefully ada rezeki nanti.. tapi tak kesah sangat.. asal apdet blog je i akan terjah punya.. tak kira siapa anda.. eheheh sbb semua yg naik kat blog list i tu semua kawan2 i.. :) hehehehe.. :)
therosputih said…
jassnani
hehe..sukenya kita dia panggil kita kawan...hehehe...suke2...
aznain said…
meriah tengok list pengomen...makin ramai komen makin meriah kan.
L@L@milie said…
xsgke kita pn ada jgk .. haha
Cik Puan said…
pelajar A5=Yang pengomen teratas tu cute...wahahhahaaaaaaaa...kembang idong sat :D
Unknown said…
ada juak tesalat aku sana bah kak,hehehe
therosputih said…
aznain
yup, betul tu, bila makin ramai yang komen, rasa cam lepak ramai2 kat kedai mamak tu pastu borak panjang lebor sampai order 2,3 kali teh tarik...dapat tak betapa metafora nya gambaran tuh...?hehehe
therosputih said…
L@L@milie
uish...harus ada, takkan terkecuali kiraannya tu...hehehe
therosputih said…
cik azlyzah
cikgu : eh, bukan kamu ni dah kena buang sekolah ke wahai pelajar A5?
kuikuikuikuikuikui

ala...kasik can la kembang idung kojap...wakakaka
therosputih said…
ciknana
ndak tersasat lagi tu, memang sengaja masuk sudah...hehehe
Jue Jaynee said…
hihikkk faham2..tapi jue hiddenkan..jue je nampak..

kdg2 jue malu pula tgk nama jue banyak comment kat blog org...
therosputih said…
jue jaynee
hehehe...buat apa nak malu, tu baru betul namanya penyokong...
Enh Ear said…
alamak... nama aku da tak de,, ngeh2,.. pape pun.. good luck utk semua
therosputih said…
enhear
chipsmore...kejap ada kejap takde...hehehehe
atin said…
nama kita ada lah,hee..
atin said…
dulu pun, fatin rasa mlas nak komen byk2 sbb tengok org lain berpuluh2 komen, rasa mcm mengalah lah jugak,,try dlu komen sini, best pulak rasanya,, last2 tersangkut komen kat sini..hee
therosputih said…
falya
hehehe...terima kasih sudi singgah sini selalu...
therosputih said…
falya
kalau dah selalu singgah sesuatu blog tu, rasa cam kenal je kan ngan tuan blognya...
MissNadia said…
info yang sangat berguna.. thanks
therosputih said…
missnadia
sama2 dear...best rasanya bila dapat membantu setakat yang termampu nih...bukannya pandai sangat pun..
Syamimi Saad said…
pndai mama alia ubah2 coding ye..hehe..kalau saya tak la..lingkup jadinya..hehe

Popular posts from this blog

getting worse

GA saya nak phone casing