Saturday, July 20, 2013

a dan b : lelaki itu vs jemputan kahwin

Views
a : kalau aku ajak, kau boleh datang tak?

b : ajak? nak pergi mana? 

a : kau boleh datang tak?

b : yela, nak pergi mananya?

a : kenduri kawin aku

b : uiks...kau...dalam diam kau nak kawin...bila? 

a : lepas raya nanti

b : dengan siapa? 

a : dengan bekas suami aku

b : ha???

a : kau datang eh...aku tak ajak sesiapa, keluarga aku pun tak tahu, senyap2 aje, sebab dorang tak tahu pun aku dah bercerai, aku nak kau teman aku nanti

b : kau dah fikir masak2? dulu kemain lagi kau nak berpisah dengan dia, sekarang, bila kau dah free, kau nak kembali pada dia plak

a : aku dah tak ada sesiapa lagi dah, anak aku perlukan kasih sayang seorang ayah, aku tak sanggup dia membesar tanpa kehadiran pengaruh lelaki, dah lama aku fikir pasal ni, aku pun tak tahu tindakan aku ni betul atau tidak, tapi aku berharap agar allah bersama2 aku sentiasa

b : kawan kau yang baik ngan kau dulu tu, susah senang kau ngan dia, dia taknak kawin ngan kau?

a : dia dah ada anak bini dah, sekarang pun dia dah tak amek tahu pasal aku lagi dah...aku pernah janji, jangan tukar no phone, supaya aku tahu dia akan jaga aku ke tak, tapi tup2...lepas dia kawin, senyap membisu...bila aku cuba dail no dia, tak dapat...pahamlah aku, dia dah taknak amek tahu pasal aku...dulu aku ingat aku boleh harapkan dia bila aku susah, dan aku yakin aku tak perlu nak kawin dengan bekas suami aku untuk besarkan anak aku...tapi, aku patut sedar...lelaki lebih kurang sama saja kan?

b : kau jangan cakap macam tu...aku doakan kebahagiaan kau dengan suami nanti, dan semoga perkahwinan kau dilindungi allah swt...aku dah tak sanggup tengok hidup kau yang penuh berliku...

a : insyaallah...kau datang eh?

b : insyaallah...

*
*
*
*
*

notakaki : hidup ni penuh berliku, dan macam2 jenis likunya...hanya kepadanya tempat kita bermohon...

4 comments:

Nurulhuda Abu Hassan said...

tabah betol kawan rosputih nih :)

Sya Mimie said...

hanya Allah yang Maha Mengetahuinya.. sebaik-baik perancangan kita, baik lagi perancangan yang Allah dah aturkan..
semoga langkah dia kembali bersama dngn bekas suami tu adalah jalan yang terbaik. amin.

cik azLyzah⊙.☉ said...

setiap yang berlaku ade hikmah yang tersembunyi di sebalik nye..

Deqla Manjew said...

terkejut bila dia bgtau dia nk kawen dgn bekas suami..tambah terkejut bila dia bgtau keluarga dia tak tau psl ni..kdg2 sbb anak membuatkan seseorg terpaksa buat keputusan mcm ni.. apapun moga rumah tangga mereka kali ni kekal bahagia.. amin.