perginya takkan kembali lagi

semalam, selepas azan asar...menerima panggilan dari sepupuku, mengatakan ibu saudaraku telah pun meninggalkan kami semua...

dunia ku terus sepi, kelam, dan aku hanyut...aku dibayangi semua kenangan yang ada...kelmarin, aku ada melawat arwah, dan mencium pipinya...semasa aku cium pipi, dada arwah seakan2 berombak...aku sebak...dan itulah ciuman dan sentuhan terakhir...

ya allah...bukan tidak mahu menerima ketentuan yang telah ditetapkan, qada dan qadar yang ada, tapi hati seakan degil dan sukar untuk menerimanya...mungkin kerana aku agak rapat dengan arwah, kerana dialah satu2nya ibu saudaraku yang aku anggap macam ibu sendiri...

aku tidak sanggup untuk melihat dia dikapan, dan dikebumi...sungguh aku tidak sanggup...walaupun dia telah pergi, biarlah dia tetap hidup dan segar di ingatanku...

di akhir2 hayatnya, dia sempat siapkan aku 4biji bantal kecil untuk alia, dan bantal2 ini, akan aku jaga sebaiknya, kerana ini adalah air tangannya yang terakhir...

air mataku seakan tersangat murah bila bercakap tentang arwah...sungguh aku tidak sanggup...

ya allah ya tuhanku, beri aku kekuatan...

notakaki : alfatihah....semoga arwah ditempatkan di kalangan hambanya yang terpuji...

Comments

Cik Puan said…
Al-fatihah..
salam takziah ye ainn...Janji Allah itu pasti,kite pun akan kembali kepada NYA juga tapi kite tak tahu bile..
Adilah Asari said…
semua yang hidup pasti akan pergi jua..reda dengan ketentuannya...
semoga kuat..
al-fatihah
salam takziah dan al-fatihah...
nora razalli said…
takziah buat anda sekeluarga.

sebak tp relakan dia pergi .
semga roh arwah di tempatkan di kalangan org beriman..amiiiin
JaSSNaNi said…
takziah...
semoga arwah ditempatkan bersama golongan yang beriman.. al-fatihah..
Unknown said…
takziah ye ain..moga arwah mak sedara ain ditmptkan di kalangan org2 yg beriman.. AL-FATIHAH..
Syamimi Saad said…
salam takziah..
sabar ye ain..semua ni dah tertulis.. doakan la buat ibu saudara tu semoga dia tenang disana dan ain juga dapat menerima ketentuan Allah ni..
Syamimi Saad said…
http://hanyadihatiku.blogspot.com/2013/07/top-komentar-bulan-jun.html

nti singgah la sekejap ye..

Popular posts from this blog

getting worse

GA saya nak phone casing