bagaimana membuat muka anda merah

di sini, saya amat berbesar hati untuk menerangkan salah satu cara bagaimana nak buat muka atau wajah anda dari keadaan normal kepada keadaan sedikit kemerah-merahan

bagaimana?

senang sahaja, saya gunakan contoh suasana di kedai runcit...katakan anda mahu beli roti, kebiasaannya roti diletakkan di luar kedai, jadi, ambil mana-mana roti yang mahu dibeli, berjalan masuk ke dalam kedai menuju kaunter untuk membayar harga roti tersebut, pastikan anda berjalan dengan penuh keyakinan, penuh konfiden, dengan duit di sebelah tangan, roti di sebelah tangan yang satu lagi, tanpa perlu memandang ke bawah, pandang terus ke kaunter, dan kemudian....

jeng jeng jeng

kaki anda tersadung, tersepak lantai yang sedikit tinggi, akak yang jaga kaunter tepat memandang anda, anda pula hampir-hampir mencium meja kaunter, dan...

taraaa

muka anda sudah kemerah-merahan bukan?
anda buat-buatla macam takde pape yang berlaku bagi mengelakkan tahap kemerahan muka anda bertambah-tambah dengan kadar kuasa tiga...

sekian dahulu tips dari saya untuk kali ini, sehingga berjumpa lagi di masa hadapan...

Comments

Enh Ear said…
adakah ini.. benar2 terjadi?
therosputih said…
apa kau rasa? cetusan idea atau tercetus slps suatu peristiwa?

Popular posts from this blog

getting worse

GA saya nak phone casing

over a year now