kisah tentang satu hubungan

aku taknak cite banyak utk perenggan pendahuluan ni, taknak ckp byk pasal tajuk kat atas, aku terus straight to the point...aku nak ckp tentang satu hubungan antara lelaki dan perempuan, entry ni aku lebih tujukan pada orang yang sedang bercinta, takpun kita panggil org yang ngah kapel2 ni...

ok...masuk isi penting terus...

AMARAN : ini hanyalah pendapat peribadi semata-mata, tidak mengambil atau menciplak idea2 insan lain, tidak pula menujukan kepada sesiapa secara khususnya...semua secara umum, kalau suka, teruskan bace and drop a comment, kalau tak suke, abaikan saja penulisan ini...

dalam percintaan..kita akan merasakan dunia percintaan itu indah, terawang-awangan, sumenye berkisar tentang masa depan, tentang apa yang hanya dilihat oleh hati, apa yang diingini oleh minda, jadi mind set menyebabkan kita seakan2 tidak mahu berpijak pada alam nyata...sbb tu lah kalau org ckp org yang sedang bercinta muka seri2, ye ah, sebab apa? sbb dalam diri org tu, penuh dengan kebahagiaan, setiap unsur luaran dan dalaman disatukan menjadikannya hidup dalam kebahagiaan, kebahagiaan dalaman naik ke muka, as a result, muka seems like cantik, ada innershine tersendiri...

bila bercerita ttg masa depan, semuanya dirancang dengan penuh indah, penuh cantik, penuh teliti, kita mencipta suatu kepompong kehidupan tanpa sebarang sempadan, hidup yang bakal dilalui pastinya bahagia kerana mind set itu sendiri telah menyebabkan kita hanya memandang ke arah positive side sahaja, kerana begitulah lumrah kehidupan, always think positive, always take the positive side...jadi, bila bertemu realiti kehidupan y sebenar, positive side tak pernah dtg sorg2, pasti berteman, negative side...mula lah kebahagiaan goyah kerana diduga diuji dgn pelbagai jenis rintangan dan cabaran...

pendekatan y bijak perlu diambil utk tangani cabaran dan dugaan y datang...kesabaran diuji...hanya mereka y benar2 kuat dalam dirinya mampu membendung negative side ini dan menakluknya dengan positive side nya y ada...

perancangan masa depan sungguh indah jika sekadar merancang...jika bertemu dengan realiti, kekuatan kepada si dia diperlukan...

oleh sebab itulah, sebelum membuat perancangan, dimulakan dengan lafaz dengan nama allah yang maha pemurah lagi penyayang...rancanglah masa depan bersama-sama dengan kalimah allah, semoga perancangan dipermudahkan, semoga perancangan dapat dicapai, dan semoga dikurniakan kekuatan dan kesabaran yang tinggi...

bercinta tidak salah asalkan berpaksikan hukum2 allah, bersendikan alquran, bertatahkan nilai2 keislaman yang sebenar...wallahuallam...

notakaki : aku hanya mampu merancang, namun allah jua yang menentukan segalanya kerana dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat aku...kepadamu ya allah aku berserah segalanya...


sebagai penutup entry ni, aku nak ucap selamat bercinta kepada mereka yang sedang bercinta, dan selamat berusaha mempertahan hubungan cinta yang ada...biarlah cinta yang hadir ini cinta yang membawa kepada perkahwinan....

Comments

Unknown said…
entry yang menarik..
nampak ketelusan dan ketulusan hati dalam penulisan..
isi2nya bernas dan boleh di terima akal..
terima kasih atas penulisan ini.. =)
therosputih said…
pujangga :
ketelusan dan ketulusan hati dalam penulisan? mmgla...dah kata menulis dari hati...

isi2nya bernas dan boleh diterima akal?
hurmmm....no comment...

Popular posts from this blog

getting worse

GA saya nak phone casing

patah hati