a : sambungan kisah mogok

lagi2 kisah a...selagi kisah a tak setel, mcm mana boleh nak citer psl hal lain...hehehe...selaku penulis rasmi kisah a dan b, aku bangga mengupdate kan kisah mereka di sini...

so a, ape citer skang?

a :
"mmg pada awalnya a dah nekad hati, nak lancarkan serangan mogok terhadap b, mmg dah lancar dah pun, tapi hati a lembut sgt, a tak sampai nak senyap...biarkan b sendiri, biarlah b tak kisah psl a sekalipun, tp a tak smpai hati nak mentakkisahkan jugak b, jadi...a amek kata2 ain, a duduk dan berbincang dgn b, walaupun tak lama, tp cukup utk mendamaikan atau menyetelkan apa y berlaku antara kami...skrg ni, rasenya da ok, overall, ok lah kan, masing2 dah tau apa sbnrnya y da berlaku, b ngah keje skang ni, a takmo ganggu b, jadi a tunggu b balik keje nanti lah, alhamdulillah...allah permudahkan urusan kami, walaupun ada adegan cite hindustan sket, tp a tak kisah, adat resam hubungan lah kan, doakan a dan b dirahmati allah, suburkan kasih sayang kami ye ain..."
"terima kasih rosputih"

wahh...panjang kata2 a, tp aku mestilah paling suke part yang last sekali tuh, hehehe...sama2 a...moga hubungan a dan b berpanjangan sehingga akhir hayat and yang paling penting, dirahmati dan diberkati allah...

therosputih :
aku tak tau nak kata apa, gaduh2 tu biasalah kan dalam perhubungan, tiada siapa yang sempurna, mungkin kuman di seberang laut sana tu jelas je kite tgk, tp gajah sejerugup depan mata ni tak nampak...jadi, kalau kita satu pasangan, adalah tidak menjadi satu kebanggan langsung kalau kita tak pernah gaduh, tak pernah bermasam muka, tapi sadalah satu kebanggaan jika kita mampu mengendalikan sebarang masalah yang timbul dalam satu perhubungan ini, cara kita mengendalikan masalah lambang kematangan akal dan fikiran serta sikap kita sebagai seorang hamba allah...ingat citer p ramlee? 3 abdul...time nyanyi2 kat kandang kuda,
sedangkan lidah lagi tergigit
ini pula suami isteri
buang yang keruh
ambil yang jernih
baru teguh peribadi

aku mmg pandai berkata-kata, tapi aku akui aku tidak sempurna, juga tidak lengkap, banyak kelemahan, setiap kelemahan yang ada adalah dari diri aku sendiri, kerana aku hamba yang sangat hina...

kepada mereka yang sedang bercinta
renung2kanlah kisah ini...apa yang baik, jadikan tauladan, apa yang tidak baik, jadikan teladan (betul kah kata2 aku?ke terbalik?hihihi...) tapi aku nak suh korg sume jadi yang terbaik yang korang boleh lakukan..apa yang kita selalu dgr,

jadikan hari ini lebih baik dari hari semalam, jadikan hari esok lebih baik dari hari ini

byk sungguh kata2 motivasi utk entry nih, apa dah jadi ngan aku nih? part time motivator kah?hahaha...ataupun aku telah mendapat satu ilham dari a...hmmmm...mungkin...

apa lagi, skarang jugak aku nak gi sebarkan dakwah kepada penghuni bilik2 sebelah, ikhlas dari aku pendakwah yang tidak bertauliah ini...hikhikhik

Comments

Popular posts from this blog

getting worse

GA saya nak phone casing

over a year now