Saturday, October 24, 2009

terbang tinggi si rama-rama

Views
rama-rama itu
hinggap seketika
mencium keharuman bunga
bunga yang cantik
rama-rama dan bunga
sepadan bersama
rama-rama terbang lagi
singgah di bunga yang lain
sekali lagi
si rama-rama itu
mengambil keharuman
disimpannya rapi
dalam buih udara
supaya selamat
dari sebarang gangguan si kumbang
terbang si rama-rama
menuju kelompok bunga yang lain
asyik dan khusyuk
rama-rama mengutip
harum yang mewangi
hanya yang terbaik
disunting rama-rama
buih-buih udara itu
dilepaskan bersama angin
supaya tersebar kepada seluruh pelusuk
keharuman bunga
rama-rama itu
terbang lagi
meneruskan usahanya
menyebarkan keharuman bunga
untuk mereka yang tahu menilai
keindahan dan kecantikan bunga
terima kasih rama-rama

No comments: