betapa imanku senipis bawang

dari petang smlm lagi, aku bear in mind la nak wish h****d******** kat my frens y celebrate this day, so...tadi, mase ngah online, aku usha la kan satu laman ni, bace sana, bace sini, sekali terpandang isu sensitif, isu agama...di mana aku tak pernah tahu pun, mungkin jugak aku tahu tapi aku pandang ringan benda tu menyebabkan aku alpa di dalamnya atau aku betul2 tak perasan benda sebegitu penting atau juga mmg aku tak tahu...

soal hukum dalam mengwishkan sambutan perayaan agama lain selain agama islam, sebagai contoh Q***C*F*C** atau D******** atau M****C*******....hurmmm...

aku tahu menyekutukan allah dengan mana-mana zat atau mana-mana benda hukumnya kita boleh jadi terkeluar dari islam

aku tahu allah itu satu, tiada beranak atau diperanakkan

aku tahu agama islam adalah satu-satunya agama yang benar

jadi, aku tidak sangka isu mengwishkan perayaan agama lain boleh jadi hukumnya syirik kerana kita boleh dianggap mengiyakan kepercayaan mereka dan hal ini pastinya bertentangan dengan islam, jadi besar isunya di sini, perlu diambil berat, bukan dipandang remeh

ternyata aku tidak pernah menyedarinya...terasa sungguh hina diri ini kerana gagal mengetahui perkara yang sebegini penting...sangat penting untuk seseorang manusia yang mengaku dirinya islam, mengaku tiada tuhan selain allah, nabi muhammad itu pesuruh allah...

aku malu dgn diri sendiri, dan tersangat malu dengan penciptaku....

Comments

Popular posts from this blog

getting worse

GA saya nak phone casing

patah hati