menangis itu satu terapi

ni aku nak tanya korang2 sume, bape ramai yang termasuk dalam kategori cengeng? hah...berapa ramai? cuba angkat tangan tinggi...tinggi lagi...aku mau kira...one two three....five....seventeen....twenty one...mmmm...wah...ramai le jugak....tp aku perasan, yang angkat tangan tu sume pompuan...aih...nape nih...

wanita dengan air mata bukan untuk meminta simpati tetapi melepaskan rasa hati

ecewah...nyanyi lagu syima la plak pepagi camni...errr...rasa mcm slek je lirik aku nyanyi kan...hahaha...lirik ke laut tol lah....

okeh dah dah dah...hentikan kemerapuan yang ada...aku cuma nak bangkitkan 1 isu ni je, kenapa perempuan menangis...

tensen
sakit hati, terasa hati, kecik hati dan bermacam2 jenis hati lagilah
nak releasekan tekanan yang ada
rindu pada seseorang
tersentuh hati

nak dapatkan kekuatan balik, regain energy
lepaskan geram

marah atau dimarahi

ada tak dalam list aku tulis nak mengada2 ngan laki atau nak amek perhatian laki atau nak tunjuk pmpuan tu lemah? ada tak? ada tak? kalu ada, tunjuk kat aku, aku bagi hang free2 je saploh hengget, kalah orang yang join GA komen dan menang yang aku tgh anjursekarang ni...

so, sape berani cakap pompuan saje2 nak tunjuk lemah ngan menangis? sape? huh...nak kata aku pantang betol bila ada lelaki cakap mcm tu takdelah sangat, kita ni kan demokrasi, boleh cakap apa sahaja, tp aku nak ler kongsi cerita ni ngan mereka yang mungkin tak pernah nak selam isu sebegini, so, apa kata, sesekali, kita selami hati orang pmpuan ni...

aku sebagai perempuan, tak malu nak ngaku aku menangis...salahkah jika aku menangis? aku bukan nak meraih simpati atau nak tunjuk aku lemah, tp aku menangis kerana aku rasa bahagia selepas menangis...menangis itu satu terapi yang tiada nilai tandingnya...sekian, laporan dari aku sendiri...hehehe

notakaki : air mata itu punya satu cerita tersendiri, biarkan ia mengalir

Comments

Yasminhamid said…
akak akan lega setiap kalilepas menangis...memang satu terapi..
white rose said…
ye...
akak jrg menangis la ain...
xtau nape...

susah sesangat nak kuar air mate...

bkn kerana ego, tpi akak ni tabah sngt...

huwaaaaaaaaa...!!!
therosputih said…
yasminhamid
betul kan...sangat melegakan, satu perasaan yang sukar digambarkan...

terapi menangis...
therosputih said…
white rose
mungkin jugak tu kak kan, orang yang tabah jarang keluar air mata, tp kan, kalu sekali keluar, mcm mana la gamaknya tu...hehehehe

Popular posts from this blog

getting worse

GA saya nak phone casing

patah hati