kenapa csi sgt best?

wo...aku perlu nyatakan di sini dgn jelas bahawasanya aku ini adalah csi die hard fan...really2 hard...waaa...crime scene investigation...

csi las vegas

csi miami


csi new york

nape dasat sgt?
ntahla, aku first time tgk cite ni since aku form 2 lagi, mase tu just csi biasa je, pastu baru ada csi miami, pastu tambah lagi satu, csi ny lak...sumenye aku ikut, nak kata sume episod aku nengok, tipu lah sgt sbb aku tak punya peluang y begitu cerah, time2 cuti mcm ni je lah dapat tgk sume episod y disiarkan, kalu time lain, hmmm...sosah nak cakap...

cite ni sgt best sbb dia menggambarkan ketelitian melakukan sesuatu penyiasatan, ketelitian itu sangat menarik minat aku, sbb aku sgt suke mmbuat kerja y hampir2 perfect nih, suke2....tapi nnti tensen dia lebih la sket...sbb asyik fikir wanna be perfect all the time, haishh...mana tahan gitu beb...baik kita bersederhana sahaja dalam sume benda, tak lebih, tak kurang, pale pun tak sakit...

tapi, bila melibatkan kes2 homisid gini, mana leh wat cincai2, even kulit kuaci pun leh jadi kes...kadang2 kelakar gak, cakap je bla3...pastu tetibe je leh cakap, itu adalah bahan utama dalam pembuatan bedak baby, kalu ikutkan normal, ada ke pekerja y begitu mendambakan dirinya pada semua benda secara mendalam begitu, mustahil lah, unless kalu itu adalah kepakaran bg dia, lain cite lak kalu gitu...

haih...aku tak kisah la kena tipu ngan pengarah cite ni, sbb penipuan dia sebenarnya masih boleh diterima oleh akal aku...

padahal, my father pernah ckp mcm ni mase aku beriya nak tgk csi smpai habis,
"takyah tengok lah cite bohong mcm ni, kena tipu ngan dia je"
hahaha, tapi aku tetap tgk, hahaha, nothing can stop me, hanya masa tontonan dan peluang menonton sahaja y mampu menghalangi ku...ngeh3...

sbnrnya, banyak benda y kita leh belajar sambil nonton cite csi ni, selain dari skill membunuh (amaran keras : jangan belajar benda yang tak elok, sekadar dijadikan panduan sahaja), aku belajar kita jangan sesekali membunuh, merancang untuk membunuh, atau apa sahaja yang boleh menyebabkan kematian orang lain, pastu melarikan diri dari kesalahan, kerana setiap bukti yang ada akan bercakap tentang kebenaran, jadi, kalu wat salah, baik kita mengaku sahaja, sbb manusia ni terbina daripada gabungan berjuta2 unsur biologi yang hidup, setiap tempat yang kita lawati, kita akan meninggalkan kesan, walau kita cuba utk memadamnya sekali pun, tetap akan meninggalkan kesan

moral of the story
pegang teguhlah pada ajaran agamamu
kerana
hanya agamamu sahaja yang akan membimbing mu ke jalan yang benar

Comments

Popular posts from this blog

getting worse

GA saya nak phone casing

patah hati