korbanku kerana allah

si anak mengikut ayahnya melihat upacara penyembelihan lembu sempena hari raya aidiladha...

anak : kenapa raya ni tak mcm raya hari tu, dapat duit raya?

ayah : sebab ni raya aidiladha, bukan aidilfitri, hari raya ni pun kita panggil hari raya korban

anak : kenapa panggil korban?

ayah : tu, kan nak korban lembu tu, sebab tu panggil hari raya korban

anak : kenapa kena korban lembu?

ayah : sempena peristiwa nabi ibrahim dan anaknya, nabi ismail

anak : nabi ibrahim buat apa kat nabi ismail?

ayah : nabi ibrahim dapat perintah dari allah untuk mengorbankan anaknya, nabi ismail

anak : kenapa allah buat macam tu? jahatnya allah

ayah : allah tak jahat sayang, allah tu maha mengetahui, dia yang menciptakan kita semua, jadi dia berhak untuk buat apa sahaja pada ciptaannya, iaitu kita, allah buat mcm tu sbb dia nak uji nabi ibrahim, betul2 ke nabi ibrahim tu taat pada alah seperti yang telah dijanjikannya

anak : habis tu, apa jadi pada ismail? matilah dia?

ayah : tak, kan ayah dah cakap, allah tu tak jahat, dia maha mengetahui, nabi ibrahim telah menunjukkan tahap ketaatan yang tidak berbelah bagi pada allah, jadi allah telah menurunkan seekor haiwan, iaitu kambing untuk dijadikan tukaran penyembelihan, maka nabi ibrahim pun sembelihla kambing tu

anak : jadi, apa kaitan ngan hari raya korban ni?

ayah : sebagai memperingati kejadian nabi ibrahim nak menyembelih nabi ismail, kita sebagai umat islam digalakkan berkorban demi allah, sebab tu lah tiap2 tahun kita rayakan hari raya korban ni dengan menyembelih haiwan ternakan yang paling sihat dan sempurna

anak : ooo...saya dah faham ayah..saya pun nak berkorban jugak mulai hari ini...

ayah : bagus betul anak ayah ni kan...dah2...mari kita tolong org kat sini potong2 daging, nak tolong ayah?

anak : nak!!!

Comments

Popular posts from this blog

getting worse

GA saya nak phone casing