belajar membuat tempe


tadi tgk whi (wanita hari ini), topik dia tempe, terus berminat, mcm mana la gamaknya org buat tempe ni ek, teringin nak tgk live, tp apakan daya, masanya belum tiba, nnti dah tiba masa, ntah2 aku ni bleh jadi pembuat tempe yang terulung di dalam rumah sendiri, hahah, who knows kan...

kat sini, aku dapat simpulkan a few step on how to buat tempe, secara jujurnya, aku tak pernah buat, makan pun takleh byk2, nnti pening...apala perangai aku ni...step2 ni adalah berdasarkan kajian hasil pembacaan aku semata2 bukan berdasarkan pengalaman atau sebagainya..

1. mula2, bersihkan kacang soya dengan air yang banyak, pembuatan tempe ni memerlukan ketelitian dan kebersihan kacang soya itu sendiri, kalau tak, tempe tak jadi...nak mudah, boeh gak rendam kacang soya sekurang2nya sejam...
2. rebus kacang soya selama 2 jam
3. rendam kacang soya itu selama satu malam iaitu 12 jam dalam air panas supaya kacang itu mengembang
4. rendam sekali lagi kacang soya selama 12 jam pula dalam air sejuk
5. kacang soya dicuci sekali lagi dan dibuang segala kulit m
ulit yang ada
6. sekali lagi, rebus kacang soya dengan harapan dapat membunuh bakteria yang ada, kita perlukan kacang soya yang bersih dan bebas kuman
7. kacang soyang yang panas dibiarkan menyejuk sendiri, toskan jugak air2nya supaya kering
8. tabur ragi di atas kacang soya y telah sejuk, pastikan ragi ditabur dengan sekata
9. last sekali, bungkus kacang soya untuk tujuan p
emeraman atau fermentasi bagi melengkapkan proses penghasilan tempe
10. setelah 24jam,buka bungkusan tempe ta
di untuk tujuan diangin2kan
11. tempe siap sedia utk dimakan

mcm mana?boleh buat tempe sendiri dah?jom pakat2 belajar buat tempe, kekalkan makanan tradisi ini...

Comments

Popular posts from this blog

getting worse

GA saya nak phone casing

patah hati