persoalan : siapakah a dan b?

~ ain...ada orang tanya aku, sape a dan b yang kat dlm blog kau tuh?
aku : hah...a dan b? owhhh

kemudian...aku tersenyum...

mcm mana aku nak jawab soalan ni, kalu aku gitau, nnti kang sama je aku sebut mcm ni, a tu si polan binti polan, b tu polan bin polan...

hah...tengok...baru 2 ayat pasal a dan b, aku da announce bahawasanya a tu perempuan, b tu lelaki...

apa yang menariknya tentang cerita a dan b?
pasti cerita antara lelaki dan perempuan menarik bukan? kalau tak, takkan industri perfileman india boleh maju, hrithik roshan boleh glamour, shah rukh khan boleh kaya raya, rani mukherjee boleh dikenali ramai...takkan cerita korea boleh keluar berpuluh2 episod, ditonton berulang kali, tak jemu2...

kesimpulannya, cerita antara lelaki dan perempuan, cerita a dan b, pasang surut kisah mereka, pasti ada sesuatu yang tersembunyi...maaflah kawan aku tidak bisa menyatakan dengan rasminya di sini siapa itu a dan b...

apa yang anda perlu tahu ttg a dan b?
a dan b adalah satu pasangan, sentiasa diuji dan diduga oleh persekitaran dan juga ujian allah, kerana ingin mematangkan kedua2nya...ingin menjadikan mereka pasangan yang mantap, nak kata sehati sejiwa, terlalu jauh, cukup sekadar mengharapkan hubungan mereka mendapat keberkatan dan keredhaan allah...mereka mengharapkan yang terbaik dalam perhubungan antara mereka...

jadi...adakah info di atas cukup untuk anda mengenali siapa a dan b dalam blog aku ini? cukuplah tu kan, cakap banyak pun tak guna, bohong je lebih...(ayat sorang senior aku)...korang fikirlah sendiri mcm mana...(mcm trademark nabil la plak)

apa yang aku harapkan
1. korang doakan a dan b berjaya mengharungi kehidupan mereka sebagai satu pasangan
2. korang doakan a dan b kekal hingga ke akhir hayat
3. korang doakan a dan b berjaya dunia dan akhirat
itu pasti amat bermakna buat mereka...

kepada a dan b
semoga berbahagia menempuh onak duri kehidupan,
therosputih will always write about your story...
do make a real love story...

Comments

Popular posts from this blog

getting worse

GA saya nak phone casing

patah hati