gangguan yang merapu
"kau jangan nak berlagak sombong dengan pakwe kau tu, kau ingat sikit, aku boleh buat dia benci kau satu hari nanti"
iskh3...kasar sungguh budi bicara tuan hamba, hamba terkedu membaca ayat2 sebegini...bukan sekali ini tuan hamba menghubungi hamba bukan, sudah berkali2...namun segalanya berakhir dgn tindakan mendiamkan diri oleh hamba...
bukannya hamba kedekut nak menunjukkan buah silat terbaru hamba kepada tuan hamba, tetapi hamba merasakan adalah lebih baik hamba berdiam diri sebegini, bak kata tuan guru hamba,
"berdiam bukanlah bererti mengalah, tetapi berdiam mengatur strategi"
tapi, hamba tidaklah pula berdiam kerana mengatur strategi, hamba sememangnya berdiam diri semata-mata
biarkan saja tuan hamba menabur segala gangguan yang tuan hamba ada, pastinya hamba tidak gentar semua itu...
notakaki : kemerapuan semata2
Comments