rumusan hari semalam (311009)

kenapa ngan hari semalam? kenapa ngan 311009?

cenggini kisahnya...semalam, aku ada dua paper final yang sangat MENYUSAHKAN hidup aku? dua paper math yang sungguh berat utk dipikul...wahhhh...aku ada list sblm ni kan sbjek apa? aku rase takperlu nak mention 2 kali kan...

okeh..ini adalah apa yang dapat aku rumuskan selepas

1. selesai jawab paper teori nombor (hikhik...2 kali mention jugak akhirnya...)
adula...da rase pening pale da sket...tp bertahan2...ptg nnti nak jawab paper lain...kesian kat member2 yang lain, got another paper before paper ptg nanti...huh...hari yang sungguh menguji keimanan dan tahap kesabaran...jadi, aku perlu beriman dan sabar bukan...

2. before jawab paper kawalan optimum
hah...perlu ke aku ngadap semua ni? aku dah penat...aku dah penat...kekacauan jiwa telah mula menampakkan simptom yang kesabaran mula menipis...hati2...bimbang berlaku konflik identiti...

3. ketika menjawab kawalan optimum
haih...kenapa la blank sangat kepala otak aku ni...ya allah...kau buka kanlah pintu hati aku...mcm mana nak apply Riccati equation ni dlm soklan ni...K tu apa...R inverse ni apa lak...adula....bengong da pale aku...
lecture : kalu da tak boleh show, give up saje lah, buat soalan lain, jangan buang masa
eh3...boleh lak dia sound aku...hahaha...(aku dalam ati)..."mcm mana saya nak buat soalan lain doktor, soalan ni je yang saya boleh jawab, sbb tu lah saya terkial2 nak menjawab jugak, tak timbul soal bazir masa sbb ni je y saya tau buat..."

4. lepas habis paper kawalan optimum
hah...dah hbs hari ni? mcm tak percaya berakhir jugak hari yang mementalkan jiwa ku...apa da jadi...blurrr...
aku : alamak...aku tertinggal otak dalam dewan peperiksaan...tangan kanan pun dah ilang skru tadi, jatuh mase jwb exam, mcm mana ni?

kesimpulan besar
kepada pihak pengurusan universiti...diharap pihak anda dapat mempertimbangkan urusan pengurusan dan penyusunan kertas untuk diduduki pada sesuatu hari peperiksaan dengan lebih kesian kepada students dan bukan mengamalkan lantak koranglah students sekalian...kerana kami pihak students merasakan pendudukan peperiksaan lebih dari satu paper cam gini menguji tahap melampaui hak asasi kami, kerana menghadkan kami untuk berfikir dengan waras...sekian...diharap pihak universiti memberi pertimbangan sewajarnya terhadap isu kebajikan pelajar...ini adalah suatu bentuk penganiayaan dalam senyap atau dengan erti kata lain, silent killer...

hari yang sangat penat...

Comments

Popular posts from this blog

getting worse

GA saya nak phone casing

patah hati