Posts

Showing posts from May, 2011

selamat pengantin baru

special and warm wish dari aku, khas buat satu2nya adik beradik lelaki aku, tak lain tak bukan, abang aku yang tersayang...selamat menjadi suami kepada pasangannya pada 29hb mei 2011 yang lalu dengan hanya sekali lafaz... syukur alhamdulillah...perkahwinan ini sememangnya sangat2 dinanti dan diraikan oleh kami semua...yelah, satu2nya anak lelaki dlm kuarga aku...hehehe... aku sebenarnya nak hupdate psl cite ni awal2 ari tu lagi tp sbb tenet yang sangat slow, sume tergendala...nak hupload gambar pun tak dapek...aduh...sayang...banyak gambar cantik2...takpe2....tunggu tenet laju, aku hupload sume gambar yang shanteq2 hokei... selamat pengantin baru abe notakaki : jangan tanya bila lak turn aku sebab aku dah jenuh nak menjawabnya....

cuti sekolah bermula

yiehaaa…seronok gile bila cuti sekolah bermula nih, banyak agenda tergendala yang nak dibuat kat kampung insyaallah dapat dilakukan dengan jayanya…ahaks….tapi aku lupa sesuatu…bila aku balik kampung, maknanya aktiviti bertenet aku jugak terpaksa dihadkan dengan terpaksanya…o whhh tidakkkkkkk… korang sume silalah simpati ngan keadaan aku hokeh…dengan menggunakan berukband yang ada, kapasiti kelajuan yang terpaksa aku hadapi adalah seperti berikut, 1. nak log in blog = menghabiskan nasik sepinggan 2. nak check email = pegi toilet, berak, siap berak pun belum tentu dah siap loading tu dua contoh yang aku nak share ngan kalian sume, tu baru tunggu loading beb, belum lagi masuk nak view page lain, senang cite…takpayahla kau nak berangan dapat terjah blog kengkawan yang lain apatah lagi nak mengedate benda2 lain…aih… pendek kata, kalu dah kat kampung nih, tenet yang ado…hidup segan mati takmau beb… menyampah aku… notakaki : punyalah ada cerita menarik giler utk dikongsi bersama ...

meeting di tengah ari jumaat

korang penah gi meeting di kala orang laki islam berpusu2 ke supermarket masjid?  hah...kat sekolah aku ni, memang dah jadi trend agaknya, suka buat meeting di tengah2 ari jumaat...eh jap...korang jangan nak jadikan ini sebagai isu plak...kang tak pasal2 plak aku dituduh memprovokasikan keadaan...takdak niat pun eh nak buat mcm tu...korang jangan nak memandai... berbalik kepada tajuk yang nak aku cite kan kat sini, sekolah aku dua sesi, sesi pagi ngan petang, kalau meeting tu melibatkan cikgu dari kedua2 sesi, sangatlah susah nak buat perjumpaan, masa yang ada hanyalah malam...kalau taknak buat malam, so, kebanyakan cikgu yang kena uruskan masa akan buat meeting tgh ari jumaat...cikgu2 lelaki yang islam tak diwajibkan datang, kan ada kelonggaran di situ... tgh ari tadi, aku ada meeting, start kul 1 smpai dekat2 kul 2...sebelum gi meeting td, bleh plak aku buat2 sengal ngan sorang kawan aku ni, errr...aku nak gi semayang jumaat, tak wajib gi meeting notakaki : meeting seb...

selamat ari gawai

Image
gambar dicinlok dari encek google yo selamat ari gawai gayu guru gerai nyamai jangan tanya aku apa maksud 'gayu guru gerai nyamai' tu sebab aku sendiri pun masih tercari2 apakah maksud di sebalik phrase itu... hehehe...sejak 2,3 menjak menjadi rakyat mastautin di bumi sarawak nih, banyak perayaan yang disambut oleh suku kaum bumiputera sarawak ni aku tau, sume tu belajar secara tak langsung dari guru2 and students2 kat sini, sangatlah meriah duk sini beb sebenarnya kan...maybe sebab aku dapat kat bandar, so, aku rasa best la, cuba kalu dapat kat area yang jalan utama dia kena meniti jambatan gantung tuh...perghhhh...tobat3 kencing 4,5,6 bolas kali pun aku tatau aku mampu rentas ke idok jambatan tu...sangat lah takut hokeh... cuti sekolah 2minggu, kamik pulai umah jumpa ibu ayah kamik.... notakaki : kamik sayang sarawak...(bolehla madah sayang sebab kau dah nak balik kampung cik ain oi, cuba kalu cuti dah habis, kitak kena datai sarawak, mau menangis kitak kan....huuuu)

cuti oh cuti

tatau nak cakap mcm mana, betapa gumbira lalalala nye aku bila mengenangkan yang esok dah start cuti, ah...nak kasik lagi power  nak cakap mlm ni dah start cuti...hahahaha....aku suke dek non...bukan hape, esok, aku bakal terbang balik semenanjung...oh...betapa aku mengidam tahap bunting 18bulan  akan big apple or dunkin donut ngan secret recipe ....owh...dari semalam lagi aku duk termimpi2 menjamah keindahan coklat...perghhhhh...kecur beb kecur... lagi best sebab encek leo janji nak tunggu aku kat airport esok...hahaha...sebelum ni aku yang tunggu dia, kali ni, dia plak yang tunggu aku...ahaks...aku suke dek non...tp kesian jugak sama dia sebab dia kena tunggu aku almos 12hours...huh..cean dia...tp nak buat mcm mana, terpaksalah dia telan sume tu sebab kami mmg dah lama gile tak jumpa, pastu plak dah lama tak berhubung...so, kalau ada peluang even jumpa tak smpai sejam pun, kami sanggup amek peluang itu... so, agenda cuti aku ni tak ke mana pun, duk umah je, pastu terj...

chrysanthemum tea

Image
aku biasa minum teh ni, chrysanthemum tea, awatla susah bebenor nak mengeja nama teh nih, huh...berbelit jari jemariku menaip...errr...taip guna 2 batang jari pun kecoh ka cik ain? huh... *kantoi korang mesti dah biasa dah kan ngan air nih, best diminum, tambah2 kalau sejuk2, diminum time panas2, balik keje tuh...perghhhh....sejuk sampai ke usus...bak kata students aku la bila aku belanja dorang air tin... last week, ada cikgu sesi pagi ni, dia belanja aku air kotak yang aku tak pernah sepanjang2 aku hidup smpaila minggu lepas, aku tgk air kotak ni... white chrysanthemum tea errr...tak minum lagi sebab aku ni, jenis yang susah sket nak try something new kalau bukan mmg aku sendiri yang nak try...so, masih ada lagi dlm laci aku ni, nak letak atas meja, kot nnti cikgu tu  terasa plak kan, ye lah, orang da bg, aku plak yang jual mahal... sebenarnya bukan jual mahal, tp sebab aku selalu minum air masak, takpun bantai nescafe ais kat kantin, tu yang rasa hold dulu lah air kotak ...

entry tergendala --> sekitar sambutan hari guru peringkat sekolah

Image
sebelum tu, sekali lagi nak wish selamat hari guru untuk aku sendiri, kawan2 seperjuangan sekalian, dan buat sume guru di malaysia... perkenalkan, ini pengetua aku see...majlis sambutan hari guru peringkat sekolah Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara skuad itam putih me in black and white ngan kawan sebelah kerusi kenapa aku pakai black and white? hahahaha...sekolah aku ni ada tradisi, sume guru baru, tak kisah la baru posting ka, baru pindah ka, apa saje, janji baru, kena buat persembahan KOIR sempena HARI GURU ...dan aku, dengan bangganya menjadik KONDUKTOR untuk KOIR GURU ....memang sangat lahabau namanya....kami kena koir 3 lagu, yakni lagu tema hari guru, Guru Pembina Negara Bangsa, Guru Malaysia, dan Pendidik Bumi Kenyalang...perghhhh...basah ketiak aku duk menebar roti jala kat tengah2 pentas tu... gambar? belum cilok lagi ngan guru2 lain...nnti dah dapat, aku hupload ek....aku janji...errr....korang tunggu je lah.... penerima anugerag guru cemerlang cikgu ni ...

aku bengang

hadoila...asik tergendala idea2 genius  aku nak hupdate blog, sume sebab tenet yang bengong  ayu2 kucing...nyampah aku... notakaki : takleh nak tulis panjang2, tenet asik dc aje...huh huh huh....3 kali huh --> menunjukkan kenyampahan kuasa tiga

tahniah buat sahabat blogger

Image
baru tadi aku tahu yang sorang kawan blogger aku, telah selamat menjadi tunangan orang...siapa lagi kalu bukan saudari s1t1 2ul41k4  yang berpangkat cik bakal bertukar jadik puan, bila? entahlah labu...kita tunggu perkhabaran dari beliau kan...hehehehe aku mula ikut blog dia seingat2 aku awal tahun ni, sume sebab secara terkebetulan terterjah blog dia, pastu terus terpikat seih...huh...penangan penulisan...jadi, blogger2 sekalian, menulislah...mana tahu, bisa memikat hati aku, lalu aku mem follow  blog anda...hehehe daripada komen entry2 beliau, dia pun komen2 entry aku, kami jadik kawan, tukar2 no phone, smpaila ke hari ini, masih lagi saling berhubung...kan ika kan... well, ucapan buat cik ika yang baru sahaja menjadi tunangan orang, 1. aku doakan kau bahagia bersama keluarga dan si dia tersayang 2. tabah hadapi cabaran me master kan diri 3. stay keep in touch dgn aku --> yang ini wajib!! 4. kawin nnti jangan lupa jemput aku, walaupun aku tatau aku bleh pegi ta...

aduhai sayangku cik tenet

bape ari tah aku cuba nak mengakses kan diri dgn klik connect, tapi hampeh...connect laju je, tapi bila bukak google chrome, asyik tak dapek2 je...agak kemenyampahan jugaklah, tapi nak buek camno jang...dah nama pakai berukband, ekau kono jadik beruk la dulu baru laju nak bertenet... bape ari jugaklah aku tak dapat nak lawat blog member2 yang lain, apatah lagi nak menghupdate....sadis...marah betol aku, dlm pale nih, berat ngan idea2 nak hupdate....smpaikan tak mampu nak hangkat kepala lagi dah...punyalah berat pale ngan idea2 bernas...hakhakhak notakaki : ngah mempertimbangkan cadangan pasang streamix kat umah, tapi fulus tak bape nak dipertimbangkan ni pun aku online kat sekolah, bukan mengular ye kawan2 sekalian, tapi aku datang awal utk meeting, sekalik meeting kensel, terus keluarkan lapatopa ngan berukbanda utk bersuka ria dan bercanda...tetttt...end of entry....

sebelum hupdate blog | cabaran minggu 4

Image
setiap orang ada gaya tersendiri terutamanya persiapan yang mereka lakukan dalam usaha nak menghupdate blog...gaya aku? meh aku kongsikan bersama kalian... 1. mengamalkan konsep everything is memorable aku ni bukan lah artis ke hape ke, bukan jugak ahli politik2 mahupun mereka yang mahir dalam penulisan...aku menulis berdasarkan apa yang aku rasa, apa yang aku bayangkan, dan apa yang aku rasa nak tulis, sume aku main taram je...so, setiap benda yang berlaku di sekeliling aku, aku abadikan dalam blog nih, ecewah...penggunaan perkataan abadi itu merupakan gaya bahasa yang sungguh dramatis....biasanya aku akan tulis perihal hidup aku ajelah, tak berani nak tulis tentang orang lain melainkan aku ada baca kat tempat lain, sebab aku takut kalu2 info yang aku cite tu salah, tak pasal2 aku dianggap penyebar fitnah, cukup2lah ngan dosa yang aku dah buat, tak payah nak tambah lagi dosa yang ado tu kan kan kan.... 2. always bawak henset atau kamera ke mana saja ha...yang ni aku dapat rasa yang...

hadiah hari guru

hari isnin yang lepas, bersamaan ngan 16 mei 2011 , di mana semua guru diraikan.... selamat hari guru kepada semua guru2 dia dunia, anda tak perlu mengajar di sekolah hanya utk dipanggil guru, asalkan anda pernah mengajar, memberi tunjuk ajar kepada sesiapa atau apa2, anda sudah layak mendapat ucapan selamat hari guru... sekolah aku tak sambut lagi hari guru, sebab pengetua tak ada kat sekolah, lagipun pengetua sendiri da request, sambut hari guru masa dia ada, hehehe...pengetua bizi, selalu tak ada kat sekolah sebab nak kena attend majlis tu, majlis ni, tu yang dia nak bersama2 anak buah dia sambut sama2...ari sabtu nnti ada sekolah ganti, so, hari tu baru nak menyambut hari guru, baru nak bersukanekanya...adeh2... so, ari isnin ari tu, aku mengajar macam biasa, pastu ari tu plak, aku bantai pakai kebaya merah , sangatla merah membara, habis kena panggil cikgu mak ngah , kenapa? alah...mak ngah yang merahnya mak ngah tu....aku ngaja 4 masa je ari tu, 2 masa ngan bebudak perali...

17 mei 2011

perghhh....perasan tak aku tau kome memang tak perasan punya semalam aku takde entry baru walaupun diumumkan semalam adalah hari cuti umum bermakna takde gi sekolah2 mengajar punya...huish....kalu aku, agak heran ngan diri sendiri, kalu kome, mmg aku dah tau dah jawapan dia apa, tak payah cakap.... semalam adalah hari jiwa kacau sedunia ...serius tak best....aku tak keluar bilik, duk terperap dalam bilik, jadik pekasam gamaknya  pastu hau sana hau sini...aku pun tatau nape...sangat tak best... mula bangun pagi aku dah rasa tak best, sebab mlm sebelum tido tu aku dah kehujanan atas sebab yang tak best dah, so, membawak2 le smpai keesokannya....smpai petang, pas maghrib tu baru okey, agaknya baru dapat hidayah kot time tu, pas solat maghrib, tadah tangan mintak ngan allah, "ya allah ya tuhanku, berikanlah aku ketenangan, bukakanlah pintu hatiku, tunjukkanlah apa yang terbaik perlu aku lakukan" dekat ngan beberapa minit aku duk fikir apa yang patut aku buat, terus tanya...

popular di dunia maya? | cabaran minggu 3

Image
dulu friendster, skarang ni facebook...sume orang ada fb, lahir2 je, terus gambar terpampang jadik primary photo, atuk2 nenek2 yang pakai poliden pun ado fb...pendek kata, nak panggil makan nasik tgh ari sesama pun tak payah jerit2 lagi dah...tag je kat fb, suh datang makan...perghhh...gile kencang orang zaman skrg... ekau ado? sekarang ni, nak naik carpet merah dah tak payah susah2 nak carik baju yang glam2, tak payah carik pasangan yang superb2 dah, tak payah dah sume tuh... tak perlu pasangan yang hencem tak perlu pakai baju2 shanteq mcm ni gi dah tapi aku nak jugak baju cantik mcm ni, pakai wat gi dinner...perghhhh...meletop tak hengat.... sekarang ni, nak glamor me amor senang jo cik kiah, bahan2 yang diperlukan cuma 1. tenet 2. laptop takpun komputer atau 3. phone canggih manggih paling penting 4. kreativiti cik kiah kita dah bleh jadi famos amos mcm biskut tu dah... errr...sebut biskut2 ni bikin perut aku bergelora sajelah... dengan bahan2 di atas, cik kiah kita dah bol...

dah boleh mengundi dah dek non sorang nih

Image
uik...ini bukan gambo aku ni, ahaks...ni lah gambar dek non yang sorang nih, dak zaty namenya...sori dek non, akak mencilok gambar ang tanpa mendapatkan kebenaran dari ang...... empunya badan tu ha, yang pakai tudung zebra crossing tu ha, yang comel2 depan tu adik dia, nak ngorat? ngorat akaknya dulu eh... semalam, 15 mei 2011 , genap usia dek non 21's , huhu...bak kata omputeh, green card dah budak ni, bleh buat keputusan sendirik, pendek kata...kalu ang buat keje jahat2, ang dah bleh didakwa kat mahkamah, dah takde juvana2 gi dah...nasihat aku, hati2...ecececece...takdelah...gurau je no... okeh, serious2....amek mood....mmmmmmm dear zaty, i wish you 1. maintain gedix2 and comel2 sentiasa 2. maintain the ke'bambam'an yang ado skrg, hakhakhak 3. dimurahkan rezeki, dilimpahkan ngan kesihatan dan dipanjang usia selalu 4. makan kek pisang tu ang ingat sama akak kat sini tau, hukhukhuk 5. stay active ngan blogging2 6. do keep in touch always yo paling penting ...

selamat hari guru

tema hari guru tahun 2011 - guru penjana transformasi pendidikan negara terimalah lirik lagu tema kita tahun ini guru penjana transformasi pendidikan negara bersatu kita menuju paradigma yang baharu satu tekad dan harapan menyahut cabaran dunia pendidik berkualiti demi mencapai visi dengan azam yang murni membentuk akhlak terpuji guruuuu.... mendidik insan dengan setulus hati membimbing generasi masa depan guruuuu... penjana transformasi pendidikan negara menjayakan hasrat yang murni 1 Malaysia pendidik berinovasi menghasilkan kreativiti bersedia hadapi cabaran arus tanpa sempadan pendidik berkualiti membentuk akhlak terpuji mengimbangkan rohani jati diri dan jasmani guruuuu.... mendidik insan dengan setulus hati membimbing generasi masa depan guruuuu... penjana transformasi pendidikan negara menjayakan hasrat yang murni 1 Malaysia 1 Malaysia 1 Malaysia kepada mereka yang pernah mengajar aku baik secara rasmi atau tidak rasmi, terima kasih semua, tanpa kalian, tidak mungkin a...

ini rupanya sebab aku terbizi seketika

Image
megi ado, sos cili pun ado mai beli mai beli mini funfair hamboi2....khusyuk hang nengok errr...jual t-shirt ka kak? pasukan pancaragam daaa...tu sume sejarah t-shirt mereka...ooooo eh...pandu puteri lah....ahaks...patutlah mcm kenal unit uniform aku ropenya best presentator 2011, pertandingan robotik bertempat di usa smk bintulu mewakili malaysia buat apa tu bang? nak bersilat ke? tgh tunjukkan skil membuat batang kayu sebahagian khemah yang ada baru2 ni, sekolah aku menganjurkan hari bertemu pelanggan dan ekspo kerjaya 2011 bertempat di sekolah aku...sangatlah meriah, mcm2 ada, even pertandingan karaoke pun ade...best gile...yang tak bestnya, dorang pakat nyanyi lagu iban...mane la aku paham...tp rentak muziknya best jugak...hehehe setiap panitia ada bukak tapak pameran, pamer alat bantu mengajar masing-masing, pertandingan modul, mcm2 lah...pendek kata, tak menang tangan guru-guru ni buat sume tu... letih wooo... aku pun tak ketinggalan jugak terlibat ngan sume tu, ni adala...

kalau aku pengarah filem | cabaran minggu 2

Image
mode entry : berangan tak habis kalaulah aku seorang pengarah filem, mestilah tahap yang high class punya pengarah, ala2 sebaris ngan jerry brukheimer errr...jerry ni pengarah filem kan? hahaha...aku pun tatau...yang penting, aku suke sume cite csi yang dia arahkan...sangat2 suke hokeh.... dah2...masuk terus kepada filem apa yang aku nak arahkan, tak lain tak bukan, cite hebat lagi ulung, katakan kau cinta padaku ...apa? tak pernah dgr tajuk filem nih? hacait sungguh la kome2 nih...tu maksud dia, filem sebenar, filem kaho naa pyar hai betapa aku sangat2 suka ngan filem ni, first time tgk masa zaman aku comel2 lagi, sekarang ni pun masih comel what, malahan kecomelan aku bertambah2 sudah...aku sendiri pun da lupa bape kali dah aku layan filem ni, nak cakap ratusan kali, nampak sangat mcm metafora berganda, nak cakap sepuluh kali lebih...sebab dalam seminggu, mesti layan sekali... kalau aku jadi pengarah filem, aku nak arahkan sambungan filem ni.... kaho naa pyar hai 2 ...pe...

dapat rm100, aku nak | cabaran minggu 1

Image
uih...bukan sembarangan orang nak bagi duit kat kita kan, dapat2 plak seratus...perghhh...marbelos...kalu lah aku dapat rm100, aku nak.... 1. kasut dapat sepasang yang mcm ni, perghhhhh dapat stok yang mcm ni pun okay gak...perghhhh my sister bising semalam bila aku cakap aku nak beli kasut, dia cakap aku ni jelmaan ilmelda marcos...hacait sungguh... 2. soping set make up from ELIANTO   aku suka eyeliner ngan blusher dia...suke3 3. bawak family makan besar kat steamboat , order tomyam seafood, pastu mcm2 lagi taram dalam tu...pendek kata, makan sampai tobat2 takmo makan steamboat gi dah... aku tak pernah lagi sempat belanja family aku makan2 sejak bekerja nih, nak buek camno, jauh di perantauan namonyo eh...takpe2, nnti cuti sekolah kekgi, aku balik, kita makan besar wok... itu je lah the first 3 things yang aku akan buat kalu orang bagi aku rm100 secara tetibe...syiok jugak kan tetibe je dapat duit mcm ni, durian runtuh le katakan...takpun aku selalu sebut, duit tersepa...

surat chenta untuk cikgu ain

Image
kualiti gambar sangatlah dikesali tetibe je aku dapat surat cinta dari pelajar aku...hadoila...nak tergelak sampai berguling-guling macam ditembak ngan senapang gajah daa  je bila bace surat tu...aku baca kuat2 kot, kawan2 seangkatan yang duk area meja aku pun boleh dgr, saje je bace kuat2 suh dorang dgr sebab dorang sume tahu pasai po aku dapat surat cinta tuh.... alkisah...aku kan baru2 ni di observe  oleh ketua panitia aku dan hasilnya, simple but deeper, T.E.R.U.K.  dan aku tak salahkan pelajar aku, aku diam je, aku anggap sume tu berpunca dari aku yang tak pandai nak mengajar jauh sama sekali mendidik mereka...tapi ada sorang cikgu ni beriya back up aku, dia pegi sound students aku tu, aku tatau pape pun.... tau2 je, dapat surat chenta...dorang sume minta maaf ngan aku sebab dorang dah bertindak kurang ajar dengan aku...itu yang dorang cakap, bukan aku... notakaki : ngah termenung...nak balas ke tak surat chenta itu...ahaks...

tak payah belajar, nyanyi je

ari ni, aku takmo jerit2 suh students tersayang salin, baca kuat2, ataupun suh dorang duduk tempat masing2...takde2...ari ni kita tak payah belajar, kita MENYANYI mau?? bukan lagu justin bibir tu, bukan jugak lagu hazama nyanyi masa konsert af ari tu, bukan2....kita nyanyi lagu alam... lagu zainal abidin - hijau lagu ni punya maksud tersendiri, sesuai ngan tajuk yang aku nak ajar budak peralihan aku.... tajuk pencemaran alam ... so, amacam...dah test suara anda? hehehe... notakaki : cikgu sendiri pun lupa mcm mana nak nyanyi nih, ahaks...

bisa si binatang bertanduk

Image
suatu petang lepas rehat, bebudak kelas peralihan yang ku sayangi dan cintai selalu  kecoh lepas 2 orang kawan mereka balik dari buang sampah... A : cikgu, ada tanduk ini dalam aku : apa dia? B : binatang A : tanduk tanduk ini...hoooo...(buat gaya seram + takut) aku : apa kamu cakap ni? binatang apa? A : ini cikgu ini aku : aiyyaa....mana kamu dapat ni? B : ada ini dalam A : sudah mati oo cikgu aku : ya ka sudah mati? mana cikgu tengok B : mati sudah (cuba nak angkat binatang tanduk-tanduk itu) aku : eh...kamu jangan main dengan dia...nnti kamu kena bisa A : cikgu, rotan pinjam, angkat dia aku: tak boleh B : (guna gunting angkat binatang tanduk-tanduk letas atas meja guru) kawan2 mereka yang lain sume tgk sambil galak bercerita dalam bahasa cina...satu hape pun aku tak faham... C : cikgu...saya mahu makan, sedap... aku : jangan kamu cuba sentuh, sudah2...pegi buang...kita start kelas kita... inilah dia binatang tanduk-tanduk yang mereka maksudkan notakaki : daripada nak ajar t...

sekolahku

Image
duk sini dah lebih 3bulan, tapi baru nak stowi mori ka psl sekolah tempat aku menghabiskan kebanyakan masa siangku...hehehe...halalantoyyiba je lah kan... lencana sekolah versi lukih tangan + warna krayon perkenalkan, inilah lencana sekolah aku...errr....sobonarnyo eh, den nak tunjuk hasil lukisan den, berjayo tak den lukih gambo lencano sekolah den...den ni bukan sajo2 suko2 nak lukih lencana sekolah...bukan jugo sobab den nak tunjuk betapa den ni patriotik ... den lukih ni sobab den nak buek mengajar , den nak tunjuk kat students den betapa mereka kono cintokan sokolah dorang...ini sume untuk mengajar subjek pendidikan sivik dan ke wargonegaro an tingkatan 1, ado satu bab ni pasal sekoloh2...den pun, amek inisiatif sendiri lukih lencano nih....pastu den dongan banggonyo dodahkan betapo den tak roti nak mewarno , dolu kocik2 lu, den tak ponah masuk kelas mewarno, jauh samo sekali pertandingan mewarno...sobab tu lah tak bapo nak cantik den mewarno tu kan...tak payah korang koba ...

tak payah belajar, nyanyi je

ari ni, aku takmo jerit2 suh students tersayang salin, baca kuat2, ataupun suh dorang duduk tempat masing2...takde2...ari ni kita tak payah belajar, kita MENYANYI mau?? bukan lagu justin bibir tu, bukan jugak lagu hazama nyanyi masa konsert af ari tu, bukan2....kita nyanyi lagu alam... lagu zainal abidin - hijau lagu ni punya maksud tersendiri, sesuai ngan tajuk yang aku nak ajar budak peralihan aku.... tajuk pencemaran alam ... so, amacam...dah test suara anda? hehehe... notakaki : cikgu sendiri pun lupa mcm mana nak nyanyi nih, ahaks...

sesi kaunseling bersama

semalam, masa lepak2 tunggu makanan, aku dan sorang hamba allah ni berborak berkaitan tugas kita sebagai manusia dan hubungan manusia sesama manusia... kalau kita buat salah ngan tuhan, ngan allah, kita boleh mintak ampun, mintak maaf, pintu taubat masih terbuka... tapi kalu kita buat salah sesama manusia, kalau seorang, kita boleh berkonfrontasi ngan dia, mintak maaf ngan dia, tapi kalu saploh orang? laratkah kita nak berbuat demikian? tu kalu 10 orang, kalu 15 orang mcm mana? the same situation goes on... kalau kita jenis yang sembahyang tak tinggal, alquran tak pernah tinggal, belum tentu lagi kita dapat masuk syurga...jauh sama sekali kalu tak pernah sembahyang, quran tak pernah sentuh, pastu hubungan sesama manusia pun fail...aduh....tak payah aku nak elaborate panjang2, korang paham2 la sendiri mcm mana eh... notakaki : sometimes, i just need someone to hear me...

kertas soalan siap!!!

Image
credit to google for this picture entah brader mana tah ni duk hangkut2 kertas soklan....takpe bang, femes2... usaha selama beberapa minggu akhirnya sampai ke kemuncak segalanya...hahaha...bangga aku jap...sob sob sob...dengan ini, saya mengucapkan terima kasih ibu bapa saya, adik beradik saya serta peminat2 sekalian yang tak putus2 mendoakan kejayaan saya...errr...menang anugerah ke cik kak? hehehe usaha selama berminggu2 tu...sobonarnyo eh, buat soalan tu aku amek masa 3hari, hari2 selebihnya tu proses birokrasi, mula2 kena tunjuk kat ketua panitia sesi petang , edit2 mana yang patut, pastu submit kat ketua panitia pagi plak, makan masa bape ari dah kat situ, edit2 lagi, last...kena tunjuk kat guru kanan plak...adeh....so many level wooo...tapi takpalah, aku enjoy gile buat soalan nih, ahaks... bila dah lulus sume peringkat birokrasi, baru leh ngengade ngan abg rezor suh dia fotostat ikut jumlah pelajar...pastu 2 ari lepas, dah siap...dan semalam, aku dah siap agihkan men...

cinta?

dulu kau pernah berkata andai kata kita bercinta akan kau bina mahligai di langit ke tujuh sememangnya aku tak percaya

mimpi yang tak besh

bangun pagi ni, aku menangis....ahaks...sebab terlalu dan sangat2 tak puas hati ngan mimpi aku...adeh...betapa sengal tak sengal aku nih... alkisah...aku mimpi aku bleh plak tido umah musuh aku, pastu lepak2 situ, padahal memang musuh aku tu tak suka sama aku...kiranya mcm ni la situasi dia, dah tahu masing2 tak berkenan ngan masing2, tapi aku ngan muka tak malunya masih lagi pegi umah dia lepak2...apa kess.... pastu, ntah mcm mana tah, tau2, aku sorang je dalam umah tu, musuh2 aku yang lain tah ke mana menghilang, pastu tetibe ada orang tutup pintu, rantai, simbah minyak, nak bakar umah tu...adeh...ape la yang aku mengarut sangat pun aku konpius sudah... dalam mimpi aku tu, siap ada bayang2 laki yang cuba nak bakar aku tu, pastu pintu yang dikunci bukan pintu biasa tau, pintu gudang tuh, yang besar, kaler perang2 tuh...pastu aku dibakar, baru 2 saat api nyala, aku terjaga...pastu aku nangis sebab terlampau geram ngan mimpi...aih...takleh ke mimpi yang indah2? baru semangat sket ...

kau luka aku pun luka sama

semalam, ngah aku dalam keadaan kemamaian tahap cipan, aku dikejutkan ngan sms kawansampaimati aku, tak lain tak bukan si  enhear , thanks beb sebab still share everything ngan aku walaupun jarak kita beribu batu... cite luka2 ni bukan luka enhear nih, tapi luka sorang lagi kawansampaimati aku sekarang ni ada kat somewhere in kuching, sama posting ngan aku itu ari...sedih beb...aku dapat tau pakwe dia mintak clash semalam...adeh... tatau nak cakap mcm mana, tapi serius aku agak terkejut...baru duk jauh 3 bulan, dah jadik mcm ni....bukan aku nak salahkan sesape, tapi rasa mcm...kenapa sume ni berlaku? aih...tapi tu lah, kita hanya memerhati, kita tatau dorang yang menanggung mcm mana...aku cuma mampu berdoa... aku doakan kau beb, aku tau kau kuat...tak perlu kau tangisi benda mcm ni berhari2, tapi kalu itu bisa buat kau tenang, kau rasa much better, menangislah...ingat...menangis bukan tanda kita mengalah...kita berundur selangkah kerana kita mahu mendapatkan momentum yang ...

biarlah birthday dah jadik belated pun

Image
tengok ni...apa aku dapat... sekeping kad , dan 2 batang pen merah ...tu rotan tu takdak kena mengena langsung ngan hadiah hari jadi aku hokeh...saje je nak tayang rotan... teringat pantun zaman kanak2... pen merah pen biru  u marah i love u meh tgk isi dalam... walaupun hanyalah sekeping kad biasa, tapi dia tetap mempunyai sentimental value yang tak dapat punya kat tepi2 jalan nih...satu2nya yang ada... nampak tu... kepada Cikgu Nurul 'Ain ....yang paling mahal, tandatangan tulus ikhlas dari tuan pengetua ...hohoho...bukan senang nak dapat tanda tangan dia, aku senang2 je dapat...hadiah birthday....kalu aku tau hadiah birthday aku adalah tandatangan dari pengetua, kompem aku suh dia sign surat permohonan loan aku...hakhakhak...belum pape dah nak tambah hutang...hohoho..tettttttttttttt.....aku gurau je lah...tak kuasa aku nak menambah hutang yang ado skrg ni...kekgi aku je yang nan hado... notakaki : terima kasih pada semua yang telah wish birthday aku baru2 ni...tak terbal...

ini bilik aku

Image
inilah bilik aku, perkenalkan semua...kosong je...takdak barang apa...ayat standard aku, " takdak money lagi lah nak beli barang2 nih " oit oit...tu bukan gambar bilik aku tatkala ini...tu gambar zaman awal2 masuk bilik, pas sapu2, baru loading barang sket2...tu yang sepah tu.... ayat cover...hakhakhak ni plak gambar belakang umah aku, yakni pemandangan utama dari bilik aku....toksah duk larikan pandangan lah mcm2 mana sekalipun, sebab mmg itulah yang akan aku hadapi ari2... agak2la kan, bape keturunan binatang belaan ada kat dalam tu? hauuuuu housemate aku cakap, tu hutan yang memang dengan sengaja disimpan, bukan hutan terbiar...kot2 la boleh diwartakan sebagai hutan simpan la kan, bleh la aku amek charge ngan sape2 yang datang nak melawat hutan simpan aku nih....ahaks....hutan tu siap ada kandang hanjing lagik....silap ari bulan, aku buat kandang itik kang... korang layan video ni, aku kasik korang detail punya view...layannnn... notakaki : rumahku syurgaku......

menu hari ni

sejak pindah umah baru ni, aku selalu masak before gi sekolah...hakhakhak...bagus kan aku... padahal baru 3hari masak, dah kecoh... ari ni, pepagi lagi aku dah buat cekodok labu, my peberet....disebabkan oleh dak2 umah aku tak penah makan cekodok labu, maka, perkenalkan...dorang cakap, mcm makan cekodok telur...aku plak yang kehairanan, mcm mana rupa cekodok telur? pastu buat ikan cencaru sumbat belakang ngan sayur bening, alah...simple je...menu orang bujang le katakan...tapi kan, kalu aku da kawin pun, gini jugakla menunya...agagaga....kesian kat laki aku kekgi...sapelah sudi nak kawin ngan aku kan...hukhukhuk kenapa aku selalu masak? hmmmm...aku sekarang ni sorang2, takdak kawan, so, everything memang aku sendiri, berdikari gile aku duk sini sekarang...dari satu sudut, aku rasa bagus, tp dari satu sudut lagi, aku rasa tak bape nak best jugakla...tapi takpelah, janji aku boleh control hidup aku... notakaki : gambo masakan? tak dapek nak hupload....

lelaki penipu, aku ditipu

sudah berapa kali aku ingatkan diri ini agar jangan tertipu oleh pujuk rayu lelaki, namun, di penghujungnya, aku sendiri yang menyerah diri sudah berapa kali aku ingatkan diri ini lelaki itu tidak lain tidak bukan, hanya untuk menipu diri ini sahaja, tetapi kenapa sehingga hari ini, aku masih membiarkan diri ini ditipu sudah berapa kali aku katakan pada diri ini, lelaki penipu lelaki penipu, dan aku perempuan yang ditipu sudah berapa kali aku menyedari aku telah ditipu, tetapi kenapa aku masih menerima dan menerimanya....kenapa... sudah berapa kali harus aku membiarkan perkara sebegini berulang ke atas diri ini...berapa lama lagikah aku mahu bertahan dalam dunia ditipu begini...bangunlah.... sudah berapa kali aku ungkapkan ayat di atas, namun aku tetap ditipu oleh lelaki penipu.... notakaki : perempuan yang ditipu oleh lelaki yang penipu

hari ni meeting lagi

aku suka meeting ....lalalala pengetua sekolah baru balik dari USA, dia ikut serta dak sekolah aku yang wakil malaysia utk pertandingan robotik...ari sabtu lepas, dia siap announce kuat2 bahawasanya ari ni dia nak buat meeting, so, perhimpunan secara automatiknya tertunda dengan sendirinya.... apa yang bakal diungkit dalam meeting ni kali ni agaknya...aku rasala kan, tak lain tak bukan pasal program sambutan hari guru, pastu keputusan pertandingan robotik tuh, pastu hupdate terkini yang guru-guru kena alert...wah....aku memang suka meeting...lalalala aku perasan kan, sejak akhir2 ni, aku dah tak ngantuk dah dalam meeting, haha...den suko bebonar nih...agaknya den dah dapat rentak dia kan...ari tu, asal sebut je meeting, mata dah layu...langkah kaki masuk bilik meeting, mata kiri da takleh angkat, duduk je utk meeting, mata kanan plak yang jatuh...maka, ketidoran lah aku sepanjang meeting itu bermula...hukhukhuk...what can i do...it's not my fault, it's my eyes that cannot...

perkenalkan, aku sebagai seorang pandu puteri

Image
masih ingat lagi aku pernah cakap dalam entry sebelum ni yang aku akan cite pasal badan uniform aku kat sini...masa awal2 posting, aku bajet aku kena kadet remaja sekolah (krs), tapi ari tu...terkejot berok aku, aku dapat PANDU PUTERI ...oh... betapa puterinya aku ni kan ...ahaks...okay...korang jangan nak buat2 termuntah, aku tahu....tipu je tu sume...cuba lah terima hakikat ini dgn hati yang terbuka.... alang2 jadi puteri ni, nak le kenal2 ngan lambang puteri, senang...nanti kalu korang ternampak logo cenggini, sila la nama aku naik kat fikiran korang eh... ni logo dia nampak bunga tiga kelopak kat tgh2 tu? tu bukan bunga cacat ek...tapi memang mcm tu...aku sendiri sobonarnyo eh, tatau po kobondo jugak...den bantai ajo lah....den ni baru jo nak berjinak2 ngan dunia puteri bunian nih, jadi...saya budak baru nak belajar, kalu salah tolong jolokkan ajarkan... wat masa sekarang ni, aku takdak uniform lagik, ngah tunggu kain yang di order  dari center pandu puteri yang kat ku...