Monday, May 16, 2011

selamat hari guru

Views
tema hari guru tahun 2011 - guru penjana transformasi pendidikan negara

terimalah lirik lagu tema kita tahun ini

guru penjana transformasi pendidikan negara
bersatu kita menuju
paradigma yang baharu
satu tekad dan harapan
menyahut cabaran dunia

pendidik berkualiti
demi mencapai visi
dengan azam yang murni
membentuk akhlak terpuji

guruuuu....
mendidik insan dengan setulus hati
membimbing generasi masa depan
guruuuu...
penjana transformasi pendidikan negara
menjayakan hasrat yang murni 1 Malaysia

pendidik berinovasi
menghasilkan kreativiti
bersedia hadapi cabaran
arus tanpa sempadan

pendidik berkualiti
membentuk akhlak terpuji
mengimbangkan rohani
jati diri dan jasmani

guruuuu....
mendidik insan dengan setulus hati
membimbing generasi masa depan
guruuuu...
penjana transformasi pendidikan negara
menjayakan hasrat yang murni 1 Malaysia
1 Malaysia
1 Malaysia

kepada mereka yang pernah mengajar aku baik secara rasmi atau tidak rasmi, terima kasih semua, tanpa kalian, tidak mungkin aku bisa berdiri di mana aku berdiri hari ini....setiap apa yang diajari kepada aku akan aku jadikan panduan dalam hidup aku....terima kasih semua...


selamat hari guru buat semua guru, anda insan hebat!!

notakaki : jauh di sudut hati aku rasa aku tak layak jadi guru....

2 comments:

Cik NurulZaty said...

hepi teacher day kak ros!

cikgu ros ke org panggil akak?

therosputih said...

zaty
uih...ros2 tu sume nama samaran tu...kat sekolah mana ada orang tahu...baru bleh bergerak dengan aman kat blog...ekekeke