Sunday, August 30, 2009

sejauh mana anda percaya

Views
sape tak pernah dgr psl petua?tipulah tu kalau cakap tak pernah dgr atau tak pernah buat, sbb kita hidup dlm msyarakat y penuh dgn petua, mmg aku pelangkung habis habisan lah tu kalu ckp tak pernah amal...mungkin kita secara tak sedar, kita ada mengamalkannya, cuma mungkin separah atau sedalam mana hidup kita dipengaruhi petua...

ni beberapa petua y aku tau (tau tak semestinya aku amal)

1. melicin dan memerahkan kulit muka menggunakan tomato
tomato merah, lagi bagus kalu dah masak sgt tu, lenyek2, sapu kat muka, biar sampai kering, pastu bilas ngan air sejuk...bagus diamal 2 hingga 3 kali seminggu

2. melembutkan rambut menggunakan kangkung
amek seikat kangkung, agak2 cukup ngan tahap kepanjangan mahupun kepadatan rambut masing, tuang air suam mengikut kepanjangan rambut jugak, pastu ramas2, smpai keluar lendir kangkung tu, pastu sapu kat rambut, tunggu sekejap, agak2 dah rasa kering, takpun da rasa tak bape nak selesa, bolehla bilas...cuba buat tiap2 ari selama 2 minggu, tak tiap2 ari pun, 2,3 ari sekali pun memadai dah, insyaallah puas hati...

3. melebatkan rambut menggunakan daun bunga raya
lendir daun bunga raya jika disapu pada rambut, pastu perap selama lebih kurang 10minit, pastu bilas mcm biasa, buat pulak dalam masa beberapa minggu (takdelah lama mana pun), nnti kita perasan ada byk anak rambut baru naik...

4. menyegarkan mata menggunakan timun @ cucumber
hiris timun tu dlm 2,3 mm, pastu letak atas mata, tunggu 5,6 minit, perghhh...segar je...

5. naikkan seri muka menggunakan air basuhan beras
air basuhan beras tu jangan dibuang, simpan, buang le dulu sebarang hidupan y ada, pastu baru guna wat cuci muka, tunggu kering, pastu baru bilas ngan air biasa, dapat rasa muka tak berminyak, lagipun rasa segar and sejuk je muka...

byk lagi sbnrnya petua y aku tau, aku buat sket2, aku percaya sket ngan petua ni, sbb
1. takde bahan kimia y dasat y kena uji2 kat lab before leh try kat manusia
2. murah
3. senang diperolehi
4. aku lebih yakin

~natural is my priority~

jadi, jomlah kita jadikan petua ni sebahagian dalam lifestyle kita, tak rugi pun...

No comments: