10 perkara JANGAN dilakukan di facebook

sana sini org cakap psl facebook, kadang2 naik rimas jugak aku, kalu dulu, mase aku sekolah lu, sebok ngan friendster...sana sini org tanya, kau ada friendster? add lah aku...sape takde friendster, dianggap sangat ketinggalan...sekarang ni friendster dah jatuh, facebook lah y amek alih...tgk tv, dgr ceramah, sume mesti sebut...jangan lupa layari kami di facebook, anda boleh bertanya apa sahaja...

tak kisah la kan, yang penting, ingat beberapa perkara ni...aku dapat 10 JANGAN ni kat blog ni... tp aku dah edit2 sket la

1. dedah maklumat peribadi seperti alamat, no phone, email, alamat kerja, maklumat bank dan sbg nya sebab org jahat boleh gunakannya untuk pelbagai niat jahat mereka korang nak ke dijahatkan mereka y jahat nih...tak kuasa aku...

2. upload gambar simpanan peribadi sedari mase kecik, zaman sekolah, dewasa dan y terkini mcm gmbar anak ke apa ke sbb bukan apa, mana la tau kot2 ada org jahat org jahat lagi y bisa menyamar sbg sedara jauh kita, kita bukannya tau pun, tak pun, org jahat ni tunggu anak kita kat sekolah, apa lagi, culik la, pastu ugut kita, rompak kita ke, tak ke naya tuh huish...keselamatan keluarga, tanggungjawab bersama

3. dedah nombor pin kad kredit ke kad debit ke atau seangkatan dengannya bahaya2 jangan terkejut nnti sampai bil kad kredit, sume capai tahap maksimum...kusss...semangat

4. luah rasa marah kat facebook walaupun anda sangat2 yakin org y anda meluat dan menyampah itu bukan dlm list friends anda, tak mustahil dlm friends anda tuh, ada kawan dia, nak dijadikan kisah tragis, kawan dia ni pi habaq kat dia, tak ke jadik kes naya...tak pasal2 gaduh, masam2 muka mcm kisah artis tuh...putus silaturahim, tambah dosa

5. cabar seseorang di facebook huh...y ni naya nih, kot2 anda cabar kawan anda ni suh takel awek anda, sekalik, awek anda nih mmg duk syiok berkenan sorg2 kat kawan anda, hah..apa lagik...melepaslah anda, sape suh cabar mencabar...teringat kisah bakar2 gereja, masjid tuh...nauzubillah...

6. mengata orang, mengutuk orang adalah menjadi kesalahan dan membawa dosa jika kita mengutuk dan mengata org, pendek kata jangan mengumpat...dosa...

7. melayan pertanyaan atau ake kuiz itu ini dlm facebook sbb mmg terang2 sangat tidak berfaedah bila aku akan kawin? hah...2020? lamanya...andartu aku...

8. terlalu asik ngan facebook smpai tergendala sume keje2 y lain nak harvest pokok cili, alamak...baju tak jemur lagi

9. mengumumkan ketiadaan anda di rumah atau rancangan meninggalkan umah utk suatu jangka masa mcm aku nak gi bercuti kat langkawi start esok smpai lusa...hah...terang terangan gitau, kalau versi org jahat bace plak mcm ni, silalah angkut barang2 kat umah i tu mulai esok smpai lusa...nak ke? taknak aku...mintak dijauh2kan...

10. akhir sekali, menceritakan keburukan orang lain seperti suami, isteri, adik beradik, mak ayah dan sesiapa sahaja walaupun tujuan anda hanya cuma mahu bergurau tetapi kalau mengikutkan hukum agama islam, tak ke berdosa namanya...suami aku ni tido malam berdengkur mcm bapak rimau...takpun, bini aku ni masak tak pernah sedap, better gi makan kat kedai janda kat kampung sebelah....eeuuu....dosa2...diam2 sudah...

hah...cukup dah pun 10...sebenarnya, takde halangan nak bersosial pun, cuma kita kena letak garis panduan dan hukum hakam agama kat depan, baru hidup aman damai...oklah...aku nak gi harvest pokok cili jap...(alamak...kantoi kah)

peringatan : contoh2 di atas tu cuma rekaan spontan semata2, tak de kena mengena ngan sesiapa pun

notakaki : aku pun manusia, sekadar mengingatkan diri sendiri dan mereka di luar sana...

Comments

Popular posts from this blog

getting worse

GA saya nak phone casing