resipi cupcakes orang bujang


resipi cupcakes bujang

bahan-bahan
180g tepung gandum
150g gula
160g marjerin
3 biji telur
sedikit esen vanila
satu sudu teh serbuk penaik

cara buat
1. campurkan gula, tepung, marjerin, pastu kacau sehingga adunan bertukar warna jadi putih kekuningan
2. masukkan esen vanila, serbuk penaik, kacau lagi
3. masukkan telur sebiji, pastu kacau, masuk telur, kacau, masuk telur kacau --> ini membolehkan adunan bercampur secara sebati dengan telur itu
4. adunan dikira siap sedia bila mana adunan berwarna putih, masa ni da nampak da adunan tu macam kembang2 semacam je...gebu je nengok
5. siap sedia untuk dibakar...tadi aku bakar dalam 10minit je, kepanasan oven? tataulah, tgk permukaan cupcakes tu keperang2an tu, dah kira masak lah tu...

makan panas2...huh...sedap sampai tak sedar termakan sekali ngan kulit2 cupcakes tuh...huh...tak senonoh langsung...

petua khas : kalu nak makan cupcake kosong tanpa hiasan, isi 3/4 penuh, kalu nak hias2, isi 1/2 penuh sahaja


sebelum tu, nak le warning awal2, ni cupcakes versi orang bujang, stail kosong je, takde letak pape hiasan yang cumil2 dan menarik...janji sedap di mulut dan di perut...kalu korang nak letak hiasan yang mcm cupcake2 kat kedai tu, amat2lah dialukan2....

sebelum tu jugak, nak le gitau awal2...aku ni tak de pengalaman mana dalam dunia cupcakes, jauh sama sekali pandai masak, sket2 tu bolehla...apa yang aku kongsi kat sini lebih kepada sekadar berkongsi cerita...jangan compare cupcakes aku ni ngan cupcakes korang yang hebat2 sebab da tau dah, memang byk cacat celanya...budak baru nak belajar le katakan...kira halal la eh....

notakaki : amacam? dah ada resepi dah....bila lagi nak belanja aku makan cupcakes air tangan korang??

Comments

Popular posts from this blog

getting worse

patah hati

GA saya nak phone casing