dilema menjadi-jadi

hidup ini bukanlah berkisar tentang kita seorang sahaja, ada banyak pihak lagi yang mempengaruhi kita semua, baik secara sedar atau tak sedar...jangan korang tak tahu, tengah2 jalan kaki nak ke stesen bus tu, singgah beli air limau tepi jalan, ha...brader jual air limau tu pun dah termasuk dalam perkara yang mempengaruhi hidup kita....

jadi, nak tak nak, life is very complicated...banyak benda yang perlu kita rungkaikan, kadang2, makin dirungkai, makin teruk pulak kekusutan yang ada tu...pastu nnti mesti kita terfikir, apa jalan terbaik yang ada...apa jalan terbaik yang perlu kita pilih? pada siapa harus kita temui dan bincang semua ini?

aku sendiri bukanlah seorang insan yang hebat, jauh sama sekali nak digelar insan berjaya...tapi, orang selalu nasihat aku, kalau dah tatau pada siapa harus kita jumpa, pada siapa harus kita mengadu...maka, duduklah...dan tadah kedua tangan kamu itu, dan pohonlah dari allah swt kerana dari dia kita datang, pada dia kita kembali....

memang benar allah itu tak nampak di mata, tp percayalah, berlandaskan kebenaran dan kepercayaan yang tulus suci, allah itu akan hadir secara sendiri dalam hati kita...jangan malu, bertaubatlah...pohon petunjuk dari dia...hanya dia tempat kita mengadu segalanya kerana dia lebih mengetahui tentang segala yang telah, sedang dan bakal berlaku....wallahuawa'lam...

Comments

Popular posts from this blog

getting worse

patah hati

GA saya nak phone casing