getting worse

latest entry baru2 ni, pasal cara aku tangani sakit belakang bukan, sape yang tak bace lagi, leh je klik kat sini

2 ari tak sempat nak hupdate, nak kata bizi, rasa mcm tak baik menipu, hujung minggu je kot, pastu plak, bukannya ada tournament ke hape ke yang menyebabkan aku tak sempat nak hupdate, tp sume sebab gara2 sakit belakang aku yang getting worse

nak duduk pun susah, nak baring pun susah, nak apa lagi, sume susah...nak drive? lagilah sangat susah...so, apa aku buat? huh...tahan tahan dan tahan...aktiviti seharian kena gak buat...everything ada lah tu hikmahnya kan...

semalam....aku rasa this is the kemuncak for everything...aku tetibe rasa loya, pegi toilet, muntah, dan apa yang keluar? D.A.R.A.H.

ya allah ya tuhanku, apa yang tak kena ngan diri aku ni? seraya ngan darah keluar tu, aku rasa sangat senak kat bahagian dada...perghhh...keluar air mata darah gamaknya aku time tu tahan sakit...

ari ni, pepagi lagi aku mintak tolong sorang kawan aku ni, mintak tolong hantarkan aku ke klinik, mula2 tu nak gi hospital, tp bila fikir, jauh, pastu plak kawan aku ni kena gi sekolah before kul 11.15am, aku decide gi klinik je lah...

jumpa doktor, gitau pe masalah aku, pastu dia suh aku wat blood test, check either ada kuman or not kat paru2 aku, dia bagi aku masa untuk fikir...pastu soklan cepumas...mc? dia kata nak bagi aku mc seminggu, tp aku cakap gile ke doktor, mati aku cuti lama2...aku mintak 1 ari je, so dapat lah mc 1 ari...

mase nak keluar dari bilik doktor tu, tetibe aku nyampah dan takmo jejak kaki dah kat klinik ni pasni,

doktor : keje cikgu sangatlah senang, jumpa pelajar, pastu mengajar2...sangatlah senang

aku dalam ati, tuhan je yang tahu betapa sentapnya aku...tp aku diam je, tak larat nak cakap banyak...tp pada pendapat aku, takde sape pun layak nak nilai keje cikgu tu senang ke susah ke melainkan orang yang menanggung, sebagai seorang yang berpendidikan tinggi, bekerja sebagai seorang yang dihormati ramai, aku rasa, doktor tu tak patut cakap mcm tu, dia memperlekeh2kan kerjaya cikgu tu...tp takpelah, itu pendapat orang yang takde kena mengena ngan bidang ini...

notakaki : sakit + sentap = menyampah

Comments

mekchu said…
jadi tea lady pun susah tau.. bila kita dah ada kat tmpt tu, baru lah kita tau susah ke senang ke.. suruh la dia mengajar, sehari pun cukup la.. baru dia rasa.. x baik kan ckp cam tu..

yg pasal muntah keluar darah tu? sakit apa tu dear? ada kaitan dgn sakit belakang ke? have a good rest ok & take care
therosputih said…
mekchu
itulah...selagi kita tak pernah rasa sesuatu tu, kita tak boleh cakap pape...thanks komen mcm tu mekchu, rasa mcm ada someone yang memahami kita sekejap...

muntah darah? tatau lah mekchu, ni pun tgh konfius lagi nih...hope takde pape yang teruk...

Popular posts from this blog

getting worse

patah hati

GA saya nak phone casing