pengalaman yang sangat pelik bagi aku lah kan

semalam...waktu tgh2 lepak kat bilik guru, sobonarnyo eh, takdelah lepak mana pun, kalu boleh duduk paling  lama 5minit pun dah termasuk dalam kategori lepak lah tu...

aku dengar perbualan antara 3orang guru, nama dah mmg kompem2 dirahsiakan hokeh...

A : eh, comelnya...mana dapat?
B : tadi, saya bukak pintu, dia masuk...
A : comelnya....mcm mana nak buat ni...
C : dia lapar tu...
A : lapar eh? ni ada makanan ni, makanlah...
C : tgk...dia makan...dia lapar tu...
B : ambillah, bela...
C : tak boleh, saya dah ada 5 ekor kat rumah
B : kamulah bawak balik
A : mcm mana nak jaga, kalau saya pegi sekolah, sape mahu jaga
B : takpa, dia boleh survive, you bagi makan siap2 kat dia pagi2, nnti balik sekolah, bagi lagi
A : rumah saya rumah apartment, tak boleh nak bela, kesian dia nanti
B : takpe, you ajar dia melompat
A : nnti matilah dia
C : ni kucing perempuan ke lelaki?
B : taktau lah...
C : ooo...ni kucing perempuan ni
B : wah...tgk mcm tu sudah tahu eh?
C : saya ada 5 ekor kot kat rumah sana
A : kalau bela kat rumah, kita ajar dia berak kat toilet
B : jadi cikgu dekat rumah pulak
A : hehehe....mcm mana lah nak jaga kucing ni

huh...banyak lagi kot perbualan yang aku dgr, dialog di atas tu pun aku tulis based on apa yang ingat je, tu pun ada yang ingat2 lupa...tp lebih kurang mcm tu lah...aih....rasa mcm kelakar pun ada, kesian pun ada...agaknya dia tak pernah tgk anak kucing kot, tu yang mcm tu, nampak sedikit over excited...

paling yang aku tak bleh blah, penggunaan word perempuan lelaki...adeh...nak je aku menyampuk kat situ smbil bawak sepanduk TAHUKAH ANDA : PEREMPUAN LELAKI HANYA DIGUNAKAN UNTUK MANUSIA SAHAJA, MANAKALA BAGI BINATANG, KITA GUNA JANTAN BETINA...

adeila....nak tergelak pun ada, kesian pun ada...mcm mana tu...so, aku anggap ni sume pengalaman bagi aku...tak semua manusia, kawan2 kita punya pengalaman mcm apa yang kita alami, setiap kita punya pengalaman hidup yang berbeza...

kepelbagaian inilah yang menyebabkan malaysia tu unik....kan kan kan kan....

notakaki : pelik tapi benar....percayalah....

~aku bukan ngumpat pasal sesape, sekadar berkongsi cerita~

Comments

siti ika said…
ain, kau simpan no phone aku lagi tak? aku lupa simpan mane no phone ko. text la adress kat aku. nak kirim novel tu..
therosputih said…
ika
novel? hehehe....jap na...aku msg hang...

Popular posts from this blog

getting worse

patah hati

GA saya nak phone casing