buah terap

oho....kalu nak harapkan aku, tak pernah makan la ini buah, so...aku buatla sedikit research nak cari information about this buah kan...dalam byk2 website, aku berkenan sgt ngan laman web nih, time kasih pada cikgu x sbb byk maklumat y aku dapat melalui laman web dia...so, kat sini, aku ada amek a few maklumat ngan gmbar sekali dr laman web dia tempek kat sini...

Ia adalah sejenis buah-buahan yg banyak terdpt di negeri Sabah. Nama tempatan utk buah ini ialah tarap, tuwa, timadang, terap... ia sedap, manis & lemak... isinya spt nangka, cuma lebih kecil, warna putih & kulitnya yg mempunyai 'bulu2' agak kasar & rapat2... daun lebar & bebulu, pokoknya bergetah... tinggi... saiz buah, ada yg sebesar penumbuk shj (spesies hutan) sehinggalah ada yg sebesar kepala manusia... di Sabah, pokok ini memang boleh kelihatan di mana2, tepi2 jalanraya, kebun, di halaman2 rumah... pd musimnya, ia banyak dijual dgn harga kurang drpd rm4 sebiji... bila masak, ia tdk boleh disimpan lama kerana cepat lembut & rosak... isinya yg manis & lemak boleh dibuat kuih...

isi buah terap yang seperti buah nangka tetapi lebih kecil


pokok terap, besar dan tinggi

Buah tarap yg mentah boleh dibuat sayur yg sedap... masak santan... kari... caranya buang semua kulit luar dgn cara memotongnya... kemudian belah utk membuang bhg keras di tengah, hiris nipis2 dan proseslah utk dijadikan sayur...

Daunnya yg lebar & tebal, boleh digunakan utk membungkus makanan spt nasi, lauk dsb...

Bijinya pula (selepas isinya dimakan) boleh digoreng atau dipanaskan dlm periuk kering tanpa minyak/air dan boleh dimakan spt kacang... kulitnya mudah ditanggalkan...

notakaki : bila la agaknya aku dapat merasa buah ni...tap tap dah ayaq liur aku...

Comments

Anonymous said…
ain....ade kat miri nih...puas aku telek buah tuh..tak tau buah pe..nak tanye org jual tuh segan...baru ku tahu...buah terap upenye...emma..
therosputih said…
emma..hang makan utk aku ek...hehehe...(mcm aku lak y ngidam nih)

Popular posts from this blog

getting worse

GA saya nak phone casing