Thursday, October 11, 2012

bahaya bila sakit tulang belakang

Views
ari tu, masa aku ngah google2 carik gambar yang berkaitan dengan tulang belakang, tetibe aku terpandang gambar nih, dan aku rasa tersangatlah menarik untuk dikongsi bersama...

gambar ni menerangkan fungsi saraf yang berada di dalam tulang belakang, setiap ruas atau setiap bahagian tulang belakang tu menyimpan saraf yang berbeza fungsinya...


kalau agak2 tak bape nak clear sket gambarnya, alihkanlah pointer pada gambar dan klik lah untuk tumbesaran yang lebih jaya...kalau tak jaya jugak, korang pandai2 la zoom in sendiri...

aku punya sakit sekarang ni kat bahagian yang ada anak panah tunjuk bahagian saraf parasimpatik, yakni mengawal pergerakan peristaltik ketika proses membuang air besar dan membuang air kecil...

tetibe rasa cuak sebab baru2 ni, agak kerap jugakla, bila baring dalam jangka masa yang lama, yakni tidur malam, bila bangun pagi, aku akan rasa senak yang amat di bahagian pundi kencing aku, tandanya nak terkucir tahap gaban, tapi aku tak rasa tu sume...yang aku rasa, sakit dan senak tu je, masa mula2 kena, aku taktau pun yang aku nak terkucir, sebab tak rasa nak terkucir langsung...keadaan gitu berlarutan sehingga ke beberapa hari jugaklah...

bila aku tanya nurse masa buat check up, adakah ia berkaitan dengan masalah ketika mengandung, nurse tu buat muka blurr menandakan ibu2 normal yang mengandung tidak mengalami masalah sebegitu...so, suspek utama aku tak lain tak bukan, sakit tulang belakang aku ni lah kan...hmmmm...

aku harap keadaan tak semakin teruk...

notakaki : sekarang ni, aku akan pastikan bila aku terjaga memalam, aku akan ke tandas untuk mengucirkan diri sendiri tanpa perlu tunggu perasaan nak terkucir...




No comments: