Tuesday, October 23, 2012

guna bila mahu sahaja

Views
situasi 1
mamat : mak...saya nak kahwin dengan janda hujung kampung tu
mak : janda hujung kampung? kau dah hilang akal ke mamat?
mamat : kenapa plak ni mak? apa maksud mak?
mak : mak bukan nak halang kau nak kahwin, tapi kau dah fikir betul2 ke, dia tu janda, kau tu bujang
mamat : itu saya tahu, yang penting dia dah tak terikat dengan sesiapa dah kan?
mak : memang la dia bebas, tak terikat dengan sesiapa, maksud mak, umur, dia tu baya mak dah mamat oi
mamat : mak...umur bukanlah segalanya, nabi masa kahwin dengan siti khadijah pun, bape beza umur mereka
mak : .......

situasi 2
isteri : sampai hati abang buat saya macam ni, abang tipu saya hidup-hidup
suami : bila masa pulak abang tipu awak?
isteri : abang kahwin lagi satu di belakang saya
suami : itu bukan tipu, cuma abang tak bagitahu je
isteri : sampai ati abang buat saya macam ni, abang duakan saya
suami : abang tak maksud nak tipu awak, tapi ini kan sunnah nabi, nabi pun berpoligami, silap hari bulan, awak boleh dapat payung emas nanti kat akhirat
isteri : ......

dua situasi yang sangat klise dalam masyarakat kita...dan aku dah siap2 highlight dengan warna merah dah pun point utama yang aku nak bangkitkan...kenapa masyarakat kita suka guna bila mahu sahaja, masa mula2, habis segala sunnah nabi keluar, tapi at the end of the day, sunnah nabi tu kalau tak nombor akhir sekali, no 2 last...hah, gitu je lah ibaratnya...

aku tak cakap semua orang mcm ni, tapi kebanyakan yang aku dengar dan jumpa, ginilah caranya...bukan nak cakap orang saje, diri sendiri pun kadang2 terbuat sama...jadik, sama2lah kita renung2kan dan selamat beramal...

notakaki : teringat masa buat ujian lisan masa form 4, masa tu lagi dah aku dah guna tagline wanita hari ini, dengan tajuk yang dibincangkan, poligami dan kesannya kepada wanita, amacam, kencang tak isu untuk budak form 4 masa tu? wakakakaka...buntang mata cikgu bm aku time tu

7 comments:

JaSSNaNi said...

betul... kalau nak kawin lebey.. cakap pasal ikut sunnah nabi.. kalau nak berambut panjang.. katanya ikut sunnah nabi... abis tu yg lain2 tu kenapa ko tak ikut kan.. solat 5 waktu tak penah tinggal.. bercakap dengan sopan dan penuh budi bahasa.. hmmmm kan kan..

Nana Hashim said...

setuju sgt2

therosputih said...

jassnani
kan kan kan...kalau nak buat pape tuh, mula la keluarkan pelbagai jenis sunnah nabi...tp last2...tau sebut je, buat dan amal tak pandai...

therosputih said...

nana hashim
setuju bebenor ngan situasi no 2 ke? eheheheh

FaLya said...

yg no 2 tu mmg pndai ckp jer, ntah2 sunnah yg lain ke longkang,hee

therosputih said...

falya
ntahla...no komen...kalau memang berlandaskan sunnah nabi, takdak jadik masalah mana pun...masalahnya, bila ke longkang ni, tu yang jadik busuk tuh...

Mimie Najib said...

bila dah kuar segala sunnah nya, mula la kita pun terdiam kan..