bila saraf mula merosot - episod 3

bila saraf mula merosot - episod 1
bila saraf mula merosot - episod 2

lama sket amek masa untuk sambungan story nih...tapi takpe...kali ni, caucincau punya story, kasik langsam terus...

dimasukkan ke wad, untuk kakitangan kerajaan macam aku walaupun tak bape nak tetap lagi nih, layak dapat first class punya ward...yakni, sorang2 la dalam bilik, tak kongsi ngan sesape...tu je kelebihan dia, makan minum servis sama je...paling best, tak kongsi bilik air, so, boleh bukak tudung, nak mandi, keluar bilik air berkemban pun takde hal punya lah...

masuk wad dah kul 7malam gitu, so, memang masuk2 bilik, mandi2, pastu siapsiaga untuk tidur je lah...malam mula2, tak bape best sket lah sebab berubah tempat tidur kan, ditambah plak ngan lenguh pinggang yang tersangat2...tp alhamdulillah, ada lagi lah nikmat untuk tidur tuh...

esoknya, siap2 mandi bagai, tunggu doktor masuk tgk...sekalik, lambat plak doktor masuk...layan breakfast untuk kali yang ketiga, keempat dan seterusnya...bentang siap2 roti canai, kuah dhal, kuah kari, teh tarik...

tengah2 syiok makan, doktor ram pun masuk...check2 aku bagai, keadaan aku makin lama makin beransur baik...borak2 dengan doktor, kemungkinan besar aku perlu diMRIkan dengan segera, cuma pilihan aku sama ada dipindahkan ke hospital di kk atau terus balik kelantan, yakni meneruskan rawatan di husm, kubang kerian...

doktor cakap tgk keadaan aku esok macam mana, so, malam ni, stay wad lagik...oh....gulp...sebelum keluar, sempat lagi doktor tu tanya, mana kamu beli makanan ini? aku punya la cuak ingatkan tak leh bawak masuk makanan jenis gitu kan...upenya, dia terliur seiyh ngan menu breakfast aku...hikhikhik...

baru satu hari, aku dah terasa kebuhsanang yang melampau...ari kedua...tak banyak aktiviti yang boleh aku buat selain makan makan makan dan makan...ari ketiga pun sama...ari keempat pun sama...so, tak de cite best untuk aku kongsikan...

keseluruhannya, keadaan aku dari langsung tak leh gerak kedua2 belah kaki, tak rasa kedua2 belah kaki, beransur baik selepas itu, alhamdulillah...cuma ramalan doktor tu saje je nak menyentap jiwa raga aku kan...

doktor : pastikan kamu mendapat rehat yang cukup, jangan buat kerja berat, jangan banyak bergerak, bed resting sahaja, kerana sekiranya kamu terkena serangan seterusnya, kemungkinan besar untuk pulih seperti biasa adalah sangat tipis

hmmmmmmmm.....lantaklah pe doktor nak cakap kan...

tammat

notakaki : masih meneruskan bed resting...ouwh...sangatlah tak best bila keadaan diri makin lama makin lemah ini...

Comments

Popular posts from this blog

getting worse

patah hati

GA saya nak phone casing