perkembangan bayi dalam kandungan 21 - 23 minggu

kekangan internet beberapa hari baru2 ini menyebabkan aku tak sempat nak hupdate kesah baby week by week...takpelah...kali ni aku story untuk 3 minggu terus...

Perkembangan Bayi Minggu 21
Si kecik kini sebesar kira-kira sebiji pisang besar. Sudah besar bukan? Jadi apa salahnya jika anda mula mencari nama terbaik untuknya.

Nota Hamil : Pada minggu ini badan anda berupaya menerima makanan lebih daripada biasa. Jadi, jangan terlalu banyak makan kerana lemak akan berkumpul dan tahap gula mungkin meningkat. Elakkan juga makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti nasi kerana ini akan menyumbang kepada peningkatan gula dalam darah.

*** memang betul selera makan aku sangatlah bertambah tambah...dah makan nasi, tak lama pastu rasa lapar balik...apa kes...hihihi...apa nak buat, makan jo lah labu...sejujurnya, aku belum ada nama khusus lagi untuk baby, dan tak ada usaha untuk mencari nama2 yang sesuai...tunggu ayah dia lah kot2 dia ada nama yang sesuai untuk baby...tp, nampak gaya cam ayah senyap je...entah...


Perkembangan Bayi Minggu 22
Perkembangan pendengaran bayi di tahap yang memberangsangkan kerana anak kini sudah mula mendengar bunyi dari luar.

Nota Hamil : Minumlah segelas jus oren setiap kali anda mengambil makanan yang tinggi zat besinya seperti brokoli dan buah yang diawet. Jus oren membolehkan mineral dari makanan tersebut diserap dengan banyak dan mudah.

***pendengaran baby semakin baik? hihihi...ada satu cerita, masa tu aku tengah menggoreng, dan ada la bunyi senduk berlaga ngan kuali tu kan, dan2 la baby pun ligat berpusing kat dalam...pastu, masa tuang air ke dalam gelas, tiba2 dia bagi tendangan manja2 gitu...hehehe...minggu ni, aku taktau kenapa aku sedikit kurang makan, espeseli waktu malam...tak selera tekak rasanya...

aku ada check up untuk 22 minggu...berat aku dah 55kg, overall okay je, cuma Hb aku rendah...10.3 je, biasa Hb aku 11 something...aku syak sebab aku kurang makan...nurse suh makan lebih seafood, sayuran berdaun...okeh...pastu aku kena suntik kancing gigi untuk kali yang kedua...tunggu minggu ke 24 plak check up...

Perkembangan Bayi Minggu 23
Degupan jantung kini boleh dikesan menggunakan seteskop. Dia juga mula pandai tersedu.

Nota Hamil : Jika tangan dan kaki bengkak, jangan panik. Perkara ini biasa berlaku pada ibu hamil khususnya di akhir-akhir minggu kehamilan. Proses ini dinamakan sebagai oedema. Untuk melegakan kaki yang bengkak cuba rendam dengan air panas 5 – 15 minit setiap hari sebelum tidur.

***okay...tunjuk siap2 la pe akan jadi untuk minggu yang ke 23 nih...senang, bulih jadi panduan untuk aku dan bakal2 ibu di luar sana...baby mama dah mula pandai tersedu ye...hihihi...tak tau la pe mama akan rasa nanti kan...nak kena banyak lagi baca pasal ni nih...tang kaki bengkak nih, ni yang aku cuak nih...nampak gaya, mulai malam ni mula rendam kaki dalam air panas kot kalau rajin...hehehe

notakaki : lenguh belakang aku kadang teruk kadang tak...doakan mudah2an mama kuat, baby pun kuat meneruskan perjuangan yang belum selesai ini

Comments

✿INA AINAA✿ said…
good info for new mother... awwww.. ena lambat lagi nak merasai ni semua tapi ini sebagai satu ilmu pada diri ena
therosputih said…
✿Lady Ainaa✿
ilmu tak kira tempat kan...time kasih dear...
Cik Puan said…
Best nye...mesti tak saba nak tengok baby kan :)
therosputih said…
cik azlyzah
kalau ikutkan ketidaksabarn hati, memang la, tapi bila fikir tentang keadaan di luar nih, huh...seram..rasa nak suh baby duk dalam perot mama je...risau dengan keselamatan dan persekitaran...
Cik Puan said…
Wahahahaha...dok dalam perut je selamat.Mama makan,baby pon makan.Tak perlu suap2...
therosputih said…
cik azlyzah
kalaula boleh dia duk dalam perot nih, dah jadi mama kanggaru la aku gini...hehehe

Popular posts from this blog

getting worse

GA saya nak phone casing