takziah buat sahabat

berita mengejut yang aku terima sama terkejut kot dia yang menanggung...

ini status fb nye

Sedaya upaya menahan air mata sewaktu menjaga PMR..
Hujan lebat di Saratok petang tadi seolah-olah menggambarkan perasaan ini..
Ya Allah, kuatkan hambaMu ini menghadapi segalanya..
Al-fatihah buat adikku Hafiz Hazwan..

dan ini pulak adalah kawan aku yang aku maksudkan itu, nama dia sama ngan nama aku, tapi kitorang biasa panggil dia ngan gelaran angah/angoh je...

yang di tengah2 itu adalah angoh
aku cilok gambar dia kat fb

kawan aku ni, satu sekolah ngan aku masa sekolah menengah, dan sejujurnya aku tak bape nak mengenali adik2 dia yang lain...beberapa orang tu aku cam la sebab selalu jumpa dan pernah datang umah...even masa kenduri kawin aku tu pun sanggup kawan aku ni gagah2 gigih2 datang ngan adik dia sebab dia tatau bawak kete walhal pada hari tu pun kakak dia kawin,

kira kamceng jugakla aku ngan dia nih...dan tersangat2la terkejut bila mana baca status dia kat fb...dikhabarkan adik dia lemas di lata tebakah...innalillah...

dahla kawan aku nih ngah jaga exam PMR, hari jumaat ni baru dia balik kelantan...hmmmm...takziah buat kawan aku nih...

semoga roh adiknya ditempatkan di kalangan mereka2 yang beriman...insyaallah...al-fatihah...

notakaki : dari dia kita datang dan dari dia jugak kita kembali

Comments

Wan Amira said…
moga ditempatkan bersama orang yang soleh.. alfatihah
Waney Zainuddin said…
alfatihah.. semoga angaha kuat menghadapi dugaan ni
Emi said…
Ya Allah...kesiannya. Semua orang ppasti sedih bila kehilangan ahli keluarga. Innalillahiwainnalillahiraji'un. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
therosputih said…
wan amira
amin...sama2lah kita sedekahkan alfatihah buat arwah...
therosputih said…
waniey zainuddin
tak sempat lagi nak tanya khabar dia macam mana...hope dia kuat hadapinya sebab dia memang rapat2 dengan adik2nya...
therosputih said…
emi
memang sangat sedih bila mana kehilangan ahli keluarga, even kucing mati pun kita akan rasa sangat2 sedih, inikan pula ahli keluarga rapat...innalillah....

al fatihah sekali lagi...
therosputih said…
cik azlyzah
alfatihah lagi sekali untuk arwah...*baca fatihah
Anonymous said…
For most recent information you hаve to pаy a visit
worlԁ-wide-ωeb аnd оn ωеb I found thiѕ site aѕ a
mοst excellent web sіte for newest updates.



my sіte - quick loans

Popular posts from this blog

getting worse

patah hati

GA saya nak phone casing