terima kasih era.fm

aku nih seingat2 aku la kan, sejak era first2 meluaskan siarannya ke kelantan, aku dah start dengar era sampaila sekarang ni, walaupun bermacam jenis siaran radio yang ada, aku tetap memilih era sebagai pilihan aku andai ada siaran era la...

masa aku kat bintulu, takdak era, terpaksa la dengar radio miri fm kalau tak silap aku...dj2 nya sikda lah kelaka bahasa melayu biasa tok, nya kelaka guna bahasa melayu sarawak, mulak2 mek dengar, sik paham juak, tapi dah lamak2 kan, telinga pun dah biasa jak ngan bahasanya, paham juaklah...

la ni, kat lahad datu, siaran radio yang ada adalah tawau fm, hah...hamek kau....terpaksala tukar tune bahasanya sekali lagi....kadang2 memangla bahasa melayu biasa ni, tp kadang2 jugak guna bahasa sabah ni ha...hamek kau, dengar lenggok bahasa dia...tapi okay lah kan...


dengan kecanggihan teknologi yang ada, walau kat mana pun kita berada, janji tenet ada, kita mampu buat macam2 sebenarnya termasuklah mendengar radio kesukaan kita...dalam kes aku, tak lain tak bukan, radio era, rentak muzik terkini la...hehehe

kadang2 kena jugak dengar radio2 nih, bukan apa....untuk mengetahui perkembangan semasa, terutama sekali bagi aku yang memang minat gilerrrr ngan muzik untuk mengetahui lagu2 terbaru yang ada dan kadang2 boleh jugak dengar lagu2 lama zaman pak kadok...yang penting, aku layan sume rentak lagu....antara minat ngan tak minat je lah...tapi layyannnn....

bila dah lama dan berkurun tak dengar radio, sesekali dengar kan, adala terasa betapa ketinggalannya bila mana dengar sesuatu lagu pastu mula tertanya2, ni lagu apa, lagu sape....kuikuikuikuikui

notakaki : duk sorang2 kat umah memang sunyi, nasib ada tenet, boleh menemani kesunyian di rumah dengan mendengar celoteh dj dan lagu2 yang best

ini adalah iklan tak berbayar dari aku untuk era rentak muzik terkini anda....ecececece

Comments

Dikbee said…
minat juga dengar era fm... x cuba teka bunyi ke? dah ada RM35,000++ tu..
therosputih said…
dikbi kamaruddin
tak pernah cuba..sebab jarang bertuah dengar bunyiknya...hehehe...nampak sangat dgr era kul 10 ke atas je...
Cik Puan said…
wahahaha..kene blaja bhasa lengok sabah lah ne...hihihi
dear..kat blog pon bleh letak widget radio era.Sambil2 taip entry,boleh jugak dengar2 radio era kan :)
therosputih said…
cik azlyzah
boleh je, tp tulah, tak suke bila bukak blog, ada bunyik2...nak senyap2 je...
Cik Puan said…
Aaahhhh kan..cik pon selalu letak lagu kat blog.Bile buke blog lain ade bunyik2 jugak.sumbang plak..so dah buang dah...kurang jugak berat blog...ihihihihh
therosputih said…
cik azlyzah
tu lah, tak suke blog pasang2 lagu, rasa cam tak best je...buat tambah berat blog pun ada, tp ada sesetengah blogger suke, so takpelah...kita respek dia punya pendapat...

Popular posts from this blog

getting worse

GA saya nak phone casing