Thursday, July 16, 2009

awak tak nak saya

Views
gini kisah awak dan saya ni....

"saya mimpi awak, awak kena tahan ngan polis depan mata saya, saya nampak mak awak, adik awak, dorg tak pandang pun saya, saya tak kisah pun, sebab dorang tak kenal saya sape kan, awak pandang jugak saya, tapi sekejap je, lepas tu awak kena paksa masuk kete polis, polis bawa awak pergi, saya ikut dari belakang dengan kereta saya, sampai satu tempat, rupanya awak kena tahan kat penjara, saya ingatkan lokap, rasanya mcm besar sangat untuk saya panggil lokap, jadi saya agak itu adalah penjara, saya nampak awak dibawa masuk dalam satu tempat, saya nak masuk jugak, tapi tak boleh, orang ramai sangat, saya agak awak seorang yang agak terkenal, sebab saya nampak ramai jurugambar, pemberita menerpa ke arah awak, sume mengejar awak, saya tertinggal di belakang, mak ngan adik awak saya nampak ada ngan awak, akhirnya saya dapat masuk jugak, saya dapat duduk kat depan orang tadi, saya nampak awak pandang saya, macam nak mengatakan sesuatu, tapi tersekat di kerongkong, mak awak tak pandang saya langsung, kenapa...dia tak suka saya ke? saya tak ada sape2 pun kat situ, saya ada awak sorng je, tu pun awak tak ada kat sisi saya, polis benarkan awak bercakap ngan orang2 kat situ, awak jawab semua soalan yang diaju, saya tak tanya awak langsung, saya nak tegur awak, tp saya taknak cakap ngan awak kat sini, sebab saya nak cakap saya rindu awak sangat, saya sangat2 rindu kat awak, saya ingat nak tegur awak, tapi saya takut mak awak, saya ingat awak nak kenalkan saya pada mak awak, rupanya tak, awak diam je, awak pandang saya, saya pandang awak, tak ada apa2 berlaku, kemudian, polis bawa awak pergi, mak ngan adik awak pun ikut sama, semua orang yang hadir beredar, tinggal saya sorang, saya tak tau nak buat apa, rasa macam awak dah tak nak saya dah...awak tak nak saya dah..."

No comments: